Gugur Tambah Sem. Januari Sesi 2021/2022 (JJ211)

Gugur Tambah Sem. Januari Sesi 2021/2022 (JJ211)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh Add/Drop JJ211 dibuka mulai: 7 Januari 2021 hingga 6 Februari 2021

Pelajar yang dihormati,

  • Makluman Penting Pelajar : 1. Login Portal UUM : Daftar Kursus – 2. Login Sistem Aras : Dapatkan Pautan Webex pada Sistem Aras – 3. Login UUMOL PACE : Sesi Pengkuliahan dan Peperiksaan.
  • Pelajar DIKEHENDAKI mendaftar kursus sebelum kuliah pertemuan pertama bermula untuk memastikan status pelajar aktif untuk membolehkan pelajar daftar masuk (login) UUM Online Learning (UUMOL) di pautan learning-pace.uum.edu.my. – Panduan Login UUMOL PACE [klik disini]
  • Kursus-kursus JJ211 yang telah didaftarkan boleh dicapai di tab ‘Future’.
  • Pelajar DIKEHENDAKI mendaftar kursus secara atas talian melalui Portal UUM : http://www.portal.uum.edu.my : Lecture – Add Course – Confirm Attendance – Add Course -Timetable – Cetak.
  • Semua kuliah/aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) akan dijalankan secara dalam talian (online) atau kaedah remote learning. Kaedah remote learning merupakan kaedah selain bersemuka, antaranya pembelajaran berbentuk tugasan dan pembelajaran kendiri menggunakan pelbagai sistem komunikasi, penyampaian dan sumber pembelajaran, contohnya, WhatsApp, Email, SMS dan sebagainya.
  • Kehadiran pelajar ke kuliah dalam talian (online) PERLU sekurang-kurangnya 80% daripada jumlah jam keseluruhan (16 jam) yang ditetapkan. Pensyarah disarankan untuk menggunakan kaedah masing-masing untuk mendapatkan kehadiran pelajar dalam PdP dan memastikan rekod kehadiran pelajar bagi kelas masing-masing disimpan untuk tujuan audit kualiti akademik.
  • Kuliah dijalankan secara dalam talian (online) menggunakan Aplikasi Webex didapati mulai 19 Januari 2021 di pautan aras.uecsb.com.my/login.php. – Tatacara Penggunaan Sistem Aras [klik disini] – Semua link webex setiap kursus/kuliah akan diletakkan pada Sistem Aras – Login Sistem Aras : Sila masukkan maklumat username, password dan peranan seperti berikut:

Username: pelajar

Password: pace2021

Peranan: online learning