PEMAKLUMAN PEMINDAHAN DATA DARIPADA SISTEM KEWANGAN LAMA KEPADA SISTEM KEWANGAN BAHARU

PEMAKLUMAN PEMINDAHAN DATA DARIPADA SISTEM KEWANGAN LAMA KEPADA SISTEM KEWANGAN BAHARU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pelajar yang dihormati,

Bersama – sama ini disampaikan hebahan rasmi berkaitan makluman pengemaskinian menu Penyata Akaun Kewangan Pelajar pada Portal UUM seperti di url ini [KLIK DISINI] 

serta hebahan rasmi berkaitan makluman pemindahan data yuran pelajar kepada sistem kewangan baharu seperti di url ini [KLIK DISINI]

Mohon sebarluas dan kongsikan hebahan ini kepada semua pelajar PJJUUM untuk panduan bersama.  Terima kasih

Tarikh Akhir : Permohonan Midsem Gantian Sem. Januari Sesi 2021/2022

Tarikh Akhir : Permohonan Midsem Gantian Sem. Januari Sesi 2021/2022

TARIKH AKHIR : PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2021/2022

– 28 MAC 2021 (AHAD) – 

Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 28 Mac 2021 (Ahad).

Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE : www.pace.uum.edu.my

pada menu Sarjana Muda – Muat Turun – Unit Peperiksaan/Praktikum/Pengijazahan – klik pada pautan borang Tangguh Peperiksaan Akhir/Gantian

Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my

Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.