PEMAKLUMAN PENDAFTARAN, PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) BAGI SEM. APRIL SESI 2021/2022

PEMAKLUMAN PENDAFTARAN, PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) BAGI SEM. APRIL SESI 2021/2022

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pelajar yang dihormati,

Bersama – sama ini disampaikan hebahan rasmi Semester April Sesi 2021/2022 seperti di url ini [KLIK DISINI]

Mohon sebarluas dan kongsikan hebahan ini kepada semua pelajar yang akan berada di Semester April Sesi 2021/2022 untuk panduan bersama.  Terima kasih

DITUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU : Permohonan Pengeposan Sijil Anugerah Dekan

DITUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU : Permohonan Pengeposan Sijil Anugerah Dekan

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Pelajar dihormati,

Adalah dimaklumkan, permohonan pengeposan sijil anugerah dekan DITUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU untuk memberi laluan pemprosesan permohonan sijil anugerah dekan yang sedia ada.

Borang Permohonan Pengeposan Sijil Anugerah Dekan akan dibuka kembali kelak dan akan dimaklumkan melalui hebahan pada laman web PACEUUM. 

Untuk semakan permohonan pengeposan sijil anugerah dekan sebelum 23 Mac 2021, sila kemukakan pertanyaan melalui emel pace@uum.edu.my.

Sekian dimaklumkan.  Terima Kasih. 

MEMO PEMAKLUMAN PEMINDAHAN DATA DARIPADA SISTEM KEWANGAN LAMA KEPADA SISTEM KEWANGAN YANG BAHARU

MEMO PEMAKLUMAN PEMINDAHAN DATA DARIPADA SISTEM KEWANGAN LAMA KEPADA SISTEM KEWANGAN YANG BAHARU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pelajar yang dihormati,

Adalah dimaklumkan bahawa pihak PACE UUM kini sedang melakukan pemindahan data berkaitan yuran pelajar daripada sistem kewangan lama kepada sistem kewangan (FIMS) yang baharu.

Sehubungan itu, kepada semua pelajar PJJ PACE UUM diminta untuk mengambil perhatian hal ini berikutan penyata akaun pelajar tidak dapat disemak buat sementara waktu melalui sistem portal sehingga proses pemindahan data tersebut selesai.

Namun, bagi pelajar yang telah membuat pembayaran sebelum ini dinasihatkan menyimpan salinan resit sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat. Salinan resit bayaran perlulah dihantar kepada Unit Pengurusan Kredit (upk.pace@gmail.com) untuk semakan di pihak PACE. Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh menghubungi Unit Pengurusan di talian 019-590 8547. 

Oleh yang demikian, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan keputusan peperiksaan sila rujuk masalah tersebut melalui email pace@uum.edu.my

Kerjasama dan perhatian semua pelajar berhubung perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.  Sekian dimaklumkan.