MEMO PEMAKLUMAN ISU PENIPUAN BERKENAAN TATACARA PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN

MEMO PEMAKLUMAN ISU PENIPUAN BERKENAAN TATACARA PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pelajar yang dihormati,

Adalah dimaklumkan bahawa pihak PACE UUM tidak melantik mana-mana pihak atau persatuan untuk mengutip yuran bagi pihak kami.

Sehubungan itu, kepada semua pelajar PJJ PACE UUM diminta untuk berwaspada dengan helah dan penipuan pihak yang tidak bertanggungjawab

Bersama-sama ini dilampirkan manual kaedah pembayaran yuran pengajian bagi semua pelajar PJJ  PACE UUM.

Oleh yang demikian, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan keputusan peperiksaan sila rujuk masalah tersebut melalui email pace@uum.edu.my

Kerjasama dan perhatian semua pelajar berhubung perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“KEDAH SEJAHTERA – NIKMAT UNTUK SEMUA”
“ILMU, BUDI, BAKTI”

Yang menjalankan amanah,

UNIT KEWANGAN DAN PENTADBIRAN
PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE),
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

YURAN PELAJAR

  • Pelajar perlu mendapatkan salinan Slip Pembayaran selepas membuat bayaran dan resit perlu disimpan sebagai bukti
  • Pelajar perlu membayar YURAN PENDAFTARAN sebanyak RM583.00 dan YURAN PROSES sebanyak RM100 sebelum mendaftar.
  • Yuran pengajian boleh dibayar sebelum pendaftaran atau secara ansuran dalam tempoh pengajian

KAEDAH BAYARAN YURAN PENDAFTARAN & PENGAJIAN

1. Isi borang deposit tunai
2. No akaun: masukkan no matrik pelajar
3. Bayar kepada: PACE UUM
4. Jenis bayaran: yuran pengajian & simpan resit bayaran

BANK ISLAM ONLINE

Step 1: Pilih Payments/Services dan pilih BILLS PRESENTMENT.
Step 2: Masukkan Nombor No. Kad Pengenalan/Passport
Step 3: Pilih Biller PACE UUM (YRN/HTG)
Step 4: Klik “Pay” dan simpan bukti bayaran.

1. Bank Islam

Step 1: Pilih JOMPAY
Step 2: Pilih Account dan masukkan Amaun
Step 3: Pilih Open Biller
Step 4: Masukkan Kod Biller, Ref-1 dan Ref-2
Tujuan: BAYARAN YURAN PENGAJIAN

Tujuan: BAYARAN YURAN PENDAFTARAN DAN PROSES

Step 5: 
Klik “Validate”> “Add to List” dan “Pay”. Simpan bukti bayaran.


2. Maybank2U

Step 1: Pilih Pay>Pay To>JomPAY
Step 2: Masukkan “Biller Code” dan tekan ENTER
Tujuan: BAYARAN YURAN PENGAJIAN

Tujuan: BAYARAN YURAN PENDAFTARAN DAN PROSES

Step 3: Masukkan Kod Biller, Ref-1 dan Ref-2

Step 4: Klik “Pay”. Simpan bukti bayaran


3. CIMBClicks

Step 1: Pilih Pay & Transfer>JomPAY
Step 2: Masukkan “Biller Code” dan tekan ENTER
Tujuan: BAYARAN YURAN PENGAJIAN

Tujuan: BAYARAN YURAN PENDAFTARAN DAN PROSES

 Step3: Masukkan Kod Biller, Ref-1 dan Ref-2 
Step 4: Pilih Akaun
Step 5: Klik “Yes” dan “Make Payment”. Simpan bukti bayaran.

1. Masukkan kad ATM dan pilih Bahasa
2. Masukkan No. pin
3. Pilih bank islam
4. Pilih lain-lain
5. Pilih Pembayaran bil&yuran IPT/Yuran IPT/Bill Presentment
6. Masukkan no kad pengenalan
7. Pilih : PACE UUM YRN/HTG

1. Tekan mana-mana butang
2. Pilih bahasa
3. Pilih Yuran IPT/Bill Presentment
4. Masukkan no kad pengenalan
5. Pilih: PACE UUM YRN/HTG
6. Teruskan arahan hingga
7. Simpan resit untuk rujukan

Hebahan Terkini : Peperiksaan Akhir Semester JJ211

Hebahan Terkini : Peperiksaan Akhir Semester JJ211

Assalamualaikum / Salam Sejahtera Pelajar PJJ PACEUUM,

Peperiksaan Akhir Semester Januari Sesi 2021/2022 Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJUUM) akan diadakan pada 2 hingga 9 Mei 2021 secara dalam talian melalui UUM Online Learning PACE (UUMOL PACE) : http://learning-pace.uum.edu.my  
– Persediaan Penggunaan UUMOL PACE : Panduan_Pelajar_-_UUM_ONLINE_LEARNING_PACE_UUMOL_PACE.pdf 
– Panduan Login UUMOL PACE : KLIK SINI

Pelajar dikehendaki membuat Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my menu Lecture – Ecevas tidak lama lagi, sebelum dibolehkan mencetak slip peperiksaan akhir tidak lama lagi.

Pelajar boleh mencetak Surat Pelepasan Peperiksaan Akhir Semester Januari Sesi 2021/2022 melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Final Examination Release Letter bermula 15 April 2021 bagi tujuan mendapatkan pelepasan majikan (jika perlu).

Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan akhir (akan dimaklumkan) melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my menu  Lecture – Slip Examination UG tidak lama lagi.    

Pelajar diingatkan agar mengambil maklum perkara berikut : 

1. Para pelajar DIKEHENDAKI memuatnaik/ “upload” tugasan pentaksiran akhir melalui UUM Online Learning PACE (UUMOL PACE)

2. Sekiranya pelajar mempunyai masalah berkaitan KESILAPAN SERAHAN TUGASAN melalui UUMOL PACE – pelajar dikehendaki berhubung terus dengan pensyarah kursus masing – masing untuk tindakan selanjutnya.

3. Menu cetakan surat pelepasan Peperiksaan Akhir dibuka pada Portal UUM menu Lecture – Final Examination Release Letter PJJ – sekiranya perlu untuk salinan majikan. 

4. Tugas calon tidak dapat hadir peperiksaan akhir, dipohon merujuk syarat permohonan peperiksaan gantian :  
– Borang Permohonan Peperiksaan Gantian
– Tarikh Akhir Permohonan Peperiksaan Gantian adalah pada 16 Mei 2021 . [Permohonan Peperiksaan Gantian bagi kursus yang mempunyai Peperiksaan Akhir sahaja]

5. Bagi pelajar yang masih mempunyai baki yuran pengajian yang belum dijelaskan, sekiranya status pengajian pelajar aktif/kursus bagi semester semasa didaftarkan. Pelajar dibolehkan menduduki peperiksaan akhir.  Walaubagaimanapun, pelajar dinasihatkan agar menjelaskan baki yuran pengajian secara ansuran sebelum keputusan peperiksaan dikeluarkan pada awal bulan Julai 2021 kelak.

7. Sekiranya terdapat masalah teknikal penggunaan UUM Online Learning PACE, sila hubungi +604-928 6666/6644/6622 atau emel : itservices@uum.edu.my dengan mengemukakan nama/matrik/permasalahan untuk bantuan UUMIT selanjutnya.

8.  Pelajar TIDAK DIBENARKAN menggunakan medium emel penyelaras kursus/pensyarah PJJUUM untuk penyerahan tugasan/kuiz peperiksaan akhir sekiranya tidak diarahkan oleh penyelaras kursus tersebut. 

9.  Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan peperiksaan akhir, sila kemukakan pertanyaan melalui emel pace@uum.edu.my untuk keterangan selanjutnya. 

 SEMOGA MAJU JAYA DALAM MENJALANI PEPERIKSAAN AKHIR.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih. 

Cetakan Surat Pelepasan Peperiksaan Akhir Semester Januari Sesi 2021/2022(JJ211)

Cetakan Surat Pelepasan Peperiksaan Akhir Semester Januari Sesi 2021/2022(JJ211)

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan akhir Semester Oktober Sesi 2020/2021 disiarkan dalam Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Final Examination Release Letter pada 15 April 2021 (Khamis).    

Nota Tambahan :

1. Tarikh Peperiksaan Akhir Semester Januari Sesi 2021/2022 Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJUUM) akan diadakan pada 2 hingga 9 Mei 2021 secara atas talian melalui sistem UUM E-assessment atau UUM Online Learning PACE di pautan ini https://learning-pace.uum.edu.my

2. Jadual Peperiksaan (bagi kursus yang berkaitan sahaja) akan dimaklumkan melalui laman web ini tidak lama lagi (akan dimaklumkan).

3. Pelajar dikehendaki mengisi Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM menu Lecture – Ecevas tidak lama lagi (akan dimaklumkan) sebelum mencetak slip peperiksaan akhir melalui Portal UUM.

4. Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan akhir (akan dimaklumkan melalui Portal UUM menu Lecture – Slip Examination UG tidak lama lagi (akan dimaklumkan) jika perlu untuk salinan majikan pelajar.  Sekian dimaklumkan. Terima Kasih. 

pelepasanfe 1
Slide2

Gugur Tambah Sem. April Sesi 2021/2022 (JA211)

Gugur Tambah Sem. April Sesi 2021/2022 (JA211)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh Add/Drop JA211 dibuka mulai: 8 April 2021 hingga 7 Mei 2021

  • Pelajar dengan yuran tunggakan yang tidak melebihi RM2,300
    Pelajar dibenarkan mendaftar semester baharu. Namun untuk pendaftaran subjek pelajar perlu membuat permohonan bertulis dengan menyertakan maklumat lengkap (1) Alasan yuran tidak dibayar; dan (2) Kaedah pembayaran yuran tunggakan. Pelajar perlu menghubungi pegawai yang bertanggungjawab melalui email (daftarsubjek.unitkuliahpace@gmail.com) dengan menyenaraikan subjek yang perlu diambil bagi semester berkenaan untuk dipertimbangkan pendaftaran subjek.
  • Pelajar yang BAHARU menjelaskan baki yuran pengajian DIKEHENDAKI mengemukakan slip bayaran kepada Unit Kewangan – Caj Yuran : Cik Madiha melalui emel : nurulmadiha@uum.edu.my dengan mengemukakan nama/matrik/tujuan emel untuk bantuan Unit Kewangan mengemaskini pembayaran pelajar secara manual.

Pelajar yang dihormati,

  • Makluman Penting Pelajar : 1. Login Portal UUM : Daftar Kursus – 2. Login Sistem Aras : Dapatkan Pautan Webex pada Sistem Aras – 3. Login UUMOL PACE : Sesi Pengkuliahan dan Peperiksaan.
  • Pelajar DIKEHENDAKI mendaftar kursus sebelum kuliah pertemuan pertama bermula untuk memastikan status pelajar aktif untuk membolehkan pelajar daftar masuk (login) UUM Online Learning (UUMOL) di pautan learning-pace.uum.edu.my. – Panduan Login UUMOL PACE [klik disini]
  • Kursus-kursus JA211 yang telah didaftarkan boleh dicapai di tab ‘Future’.
  • Pelajar DIKEHENDAKI mendaftar kursus secara atas talian melalui Portal UUM : http://www.portal.uum.edu.my :Lecture – Add Course – Confirm Attendance – Add Course -Timetable – Cetak.
  • Semua kuliah/aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) akan dijalankan secara dalam talian (online) atau kaedah remote learning. Kaedah remote learning merupakan kaedah selain bersemuka, antaranya pembelajaran berbentuk tugasan dan pembelajaran kendiri menggunakan pelbagai sistem komunikasi, penyampaian dan sumber pembelajaran, contohnya, WhatsApp, Email, SMS dan sebagainya.
  • Kehadiran pelajar ke kuliah dalam talian (online) PERLU sekurang-kurangnya 80% daripada jumlah jam keseluruhan (16 jam) yang ditetapkan. Pensyarah disarankan untuk menggunakan kaedah masing-masing untuk mendapatkan kehadiran pelajar dalam PdP dan memastikan rekod kehadiran pelajar bagi kelas masing-masing disimpan untuk tujuan audit kualiti akademik.
  • Kuliah dijalankan secara dalam talian (online) menggunakan Aplikasi Webex didapati mulai 20 April 2021 di pautan aras.uecsb.com.my/login.php. – Tatacara Penggunaan Sistem Aras [klik disini] – Semua link webex setiap kursus/kuliah akan diletakkan pada Sistem Aras – Login Sistem Aras : Sila masukkan maklumat username, password dan peranan seperti berikut:

Username: pelajar

Password: pace2021

Peranan: online learning

klik Add Drop

Sekian, terima kasih.