HEBAHAN RASMI PENGIJAZAHAN TAHUN 2021

HEBAHAN RASMI PENGIJAZAHAN TAHUN 2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pelajar dihormati,

Unit Pengijazahan ingin berkongsi info – info penting untuk panduan Pelajar PJJUUM yang berada di Semester Akhir : –

I. TARIKH AKHIR SERAH BORANG PENGIJAZAHAN TAHUN 2021 : 1 JULAI 2021

Pelajar dikehendaki mengemukakan borang pengijazahan diisi lengkap dengan mengemukakan dokumen seperti berikut melalui emel pace@uum.edu.my :

1. Salinan keputusan MUET​.

2. Salinan kad pengenalan.

3. Salinan keputusan peperiksaan akhir dari Semester 1 hingga Semester Akhir.

II. BAGAIMANA CARA MEMOHON TRANSKRIP SEMENTARA, SURAT JANGKA TAMAT DAN SURAT TAMAT PENGAJIAN UUM? (SEKIRANYA PERLU)

A) Transkrip Sementara dan Surat Jangka Tamat

  1. Pelajar hendaklah memenuhi syarat pengijazahan iaitu mengambil Malaysian University English Test (MUET) sekurang – kurangnya mendapat keputusan Band 2 ke atas.
  2. Pelajar hendaklah memastikan tiada baki tunggakan yuran pengajian belum dijelaskan.
  3. Pelajar hendaklah membuat semakan semua kursus diambil merujuk syarat Program Pengajian adalah lengkap seperti yang telah ditetapkan oleh Universiti.
  4. Pelajar yang memenuhi syarat lengkap seperti di atas SAHAJA akan diproses untuk permohonan berikut.
  5. Pelajar hendaklah mengisi borang pengijazahan beserta borang permohonan transkrip sementara dengan lengkap dan sila kemukakan permohonan tersebut melalui emel : pace@uum.edu.my
  6. Borang tersebut boleh dimuat turun melalui laman web PACEUECSB seperti di url ini : https://pace.uecsb.com.my/pelajar-pjj menu Pengijazahan.

B) Surat Tamat Pengajian

  1. Pelajar yang layak memohon Surat Tamat Pengajian ADALAH pelajar yang telah dikemaskini status pengajian mereka kepada “TAMAT PENGAJIAN“.
  2. Pelajar yang telah mendapat kelulusan Senat Universiti sahaja layak memohon Surat Tamat Pengajian berurusan melalui Jabatan Hal Ehwal Akademik (HEA) atau boleh membuat cetakan surat tersebut melalui Portal UUM menu Academic – Pre Graduation.

Makluman secara whatsapp TIDAK DITERIMA. Mohon jasa baik dan perhatian tuan/puan agar mengemukakan pertanyaan/bantuan rasmi melalui emel PACEUUM dengan menyatakan nama/matrik/bantuan diperlukan melalui emel kami : pace@uum.edu.my.

Insyaallah, PACEUUM akan berusaha membantu dan membalas emel tuan/puan.

Sekian dimaklumkan, terima kasih

Salam Hormat daripada Unit Pengijazahan PJJUUM ​​

Cetakan Surat Pelepasan Peperiksaan Akhir Semester April Sesi 2021/2022(JA211)

Cetakan Surat Pelepasan Peperiksaan Akhir Semester April Sesi 2021/2022(JA211)

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan akhir Semester April Sesi 2021/2022 disiarkan dalam Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Final Examination Release Letter pada 16 Julai 2021(Jumaat)    

Nota Tambahan :

1. Tarikh Peperiksaan Akhir Semester April Sesi 2021/2022 Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJUUM) akan diadakan pada 11 hingga 18 Ogos 2021 secara atas talian melalui sistem UUM E-assessment atau UUM Online Learning PACE di pautan ini https://learning-pace.uum.edu.my

2. Jadual Peperiksaan (bagi kursus yang berkaitan sahaja) akan dimaklumkan melalui laman web ini selepas Pertemuan IV.

3. Pelajar dikehendaki mengisi Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM menu Lecture – Ecevas pada Pertemuan IV setiap kali semester pengajian sebelum mencetak slip peperiksaan akhir melalui Portal UUM.

4. Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan akhir (akan dimaklumkan melalui Portal UUM menu Lecture – Slip Examination UG pada Pertemuan IV jika perlu untuk salinan majikan pelajar.  

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih. 

TARIKH AKHIR : PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER APRIL SESI 2021/2022

TARIKH AKHIR : PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER APRIL SESI 2021/2022

– 4 JULAI 2021 (AHAD) – 

Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 4 Julai 2021 (Ahad).

Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE UECSB : https://pace.uecsb.com.my/

pada menu Pelajar – Program Pendidikan Jarak Jauh – Muat Turun Dokumen –  klik pada pautan borang Tangguh Peperiksaan Akhir/Gantian

Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my

Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.

Hebahan : Menu Cetakan Surat Pelepasan Midsem Semester April Sesi 2021/2022

Hebahan : Menu Cetakan Surat Pelepasan Midsem Semester April Sesi 2021/2022

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester April Sesi 2021/2022

disiarkan dalam Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermula 13/06/2021(Ahad)

👉Kepada pelajar yang belum mendaftarkan kursus, dinasihatkan agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum Peperiksaan Pertengahan Semester diadakan agar pelajar tidak dihalang menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JA211 melalui Online Learning PACE.

  • Pelajar dengan yuran tunggakan yang tidak melebihi RM2,300
    Pelajar dibenarkan mendaftar semester baharu. Namun untuk pendaftaran subjek pelajar perlu membuat permohonan bertulis dengan menyertakan maklumat lengkap (1) Alasan yuran tidak dibayar; dan (2) Kaedah pembayaran yuran tunggakan. Pelajar perlu menghubungi pegawai yang bertanggungjawab melalui email (husnul@uum.edu.my) dengan menyenaraikan subjek yang perlu diambil bagi semester berkenaan untuk dipertimbangkan pendaftaran subjek.

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.