HEBAHAN PENTING PENILAIAN ECEVAS SEM JJ212

HAL EHWAL AKADEMIK PACE
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


NOTIS PENTING HEBAHAN MEWAJIBKAN PENILAIAN KURSUS AKADEMIK
(ECEVAS)
SEMESTER JULAI SESI 2021/2022(JJ212)

Adalah dimaklumkan bahawa Borang Penilaian Kursus Akademik boleh dicapai secara online melalui Sistem Penilaian Kursus (eCevas) di dalam Portal Pelajar. (http://portal.uum.edu.my) bermula 15 Oktober hingga 22 November 2021.

Pelajar DIWAJIBKAN membuat Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my menu Lecture – Ecevas sebelum dibolehkan mencetak slip peperiksaan akhir.

Kerjasama dan keprihatinan semua pelajar PJJUUM untuk melengkapkan Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM amatlah diharapkan.

Tatacara Pengisian Penilaian Kursus (Ecevas) adalah seperti dilampiran.

Kerjasama semua amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


TARIKH PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER OKTOBER SESI 2021/2022(JA212) [11 OKTOBER 2021 – 10 DISEMBER 2021]

Gugur Tambah Sem. Oktober Sesi 2021/2022 (JA212)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh Add/Drop JA212 dibuka mulai: 11 Oktober 2021 hingga 10 Disember 2021.

Pelajar yang dihormati,

TINDAKAN PELAJAR

  1. Login Portal UUM
    • Pelajar DIKEHENDAKI mendaftar kursus secara atas talian melalui Portal UUM : http://www.portal.uum.edu.my : Lecture – Add Course – Confirm Attendance – Add Course -Timetable – Cetak.
  2. Login UUMOL PACE
    • Pelajar DIKEHENDAKI mendaftar kursus sebelum kuliah pertemuan pertama bermula untuk memastikan status pelajar aktif untuk membolehkan pelajar daftar masuk (login) UUM Online Learning (UUMOL) di pautan learning-pace.uum.edu.my. – Panduan Login UUMOL PACE [klik disini]
  3. Login Sistem Aras
    • Kuliah dijalankan menggunakan Aplikasi Webex. Maklumat kuliah pertemuan pertama boleh didapati mulai 20 Oktober 2021 melalui pautan aras.uecsb.com.my/login.php.
      • Username: pelajar 
      • Password: pace2021
      • Peranan: online learning
    • Bagi pelajar yang telah mendaftar, maklumat berkaitan Perancangan Akademik, kuiz, tugasan, peperiksaan dan nota pensyarah boleh diperolehi melalui UUM Online Learning | PACE di pautan learning-pace.uum.edu.my.

MAKLUMAN PENTING : TARIKH AKHIR SEMAK SEMULA JA211

Tarikh Akhir Permohonan Semak Semula Kursus
Semester April Sesi 2021/2022

– 20 Oktober 2021 (Rabu) – 
Adalah dimaklumkan, Permohonan Semak Semula dibuka 14 hari bermula hari pertama keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan.
Pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan semak semula dengan lengkap dan mengemukakan bayaran RM75.00 [bayaran kepada akaun BIMB Universiti Utara Malaysia] per kursus melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my

Merujuk keratan minit mesyuarat JKPA kali ke-222 bil. 7/2020 pada 17 November 2020 :
Tentang cadangan:
1) Membenarkan pelajar memohon untuk membuat semakan semula keputusan Peperiksaan bagi komponen kerja kursus.
2) Bayaran untuk semakan semula adalah RM75.00 iaitu sama dengan yuran semakan semula peperiksaan akhir seperti amalan sebelum ini.
3) Pelaksanaan perubahan peraturan ini adalah mulai Semester Pertama Sesi 2020/2021(201)

HEBAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER APRIL SESI 2021/2022 (JA211)

HEBAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER APRIL SESI 2021/2022 (JA211)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Pelajar dihormati,

Keputusan Peperiksaan Akhir Semester April Sesi 2021/2022 (JA211) boleh dibuat semakan pada portal UUM masing-masing pada 7 Oktober 2021(Khamis) jam 3.30 petang di url : https://portal.uum.edu.my

Seperti pelajar sedia maklum dan merujuk kepada peraturan universiti, untuk semakan keputusan peperiksaan pelajar perlu menjelaskan baki yuran pengajian sepenuhnya.

Panduan Pembayaran Yuran Pengajian adalah seperti di url ini : https://pace.uecsb.com.my/wp-content/uploads/2021/04/MANUAL-KAEDAH-PEMBAYARAN-YURAN-PACE-UUM.pdf

Pelajar yang mendapat gred C-, D, D+ dan F bagi mana-mana kursus adalah GAGAL dan perlu mengambil semula kursus berkenaan bagi membaiki gred tersebut.  

Tarikh Gugur Tambah bagi Semester Oktober Sesi 2021/2022(JA212) adalah pada 11 Oktober 2021 sehingga 10 Disember 2021 melalui Portal UUM. 

Pelajar dikehendaki mendaftar kursus sebelum kuliah agar status pelajar aktif dan dapat membuat capaian pada Online Learning PACE merujuk kursus diambil pada semester semasa pengajian.

Tarikh Kuliah Pertemuan Pertama adalah pada 22 hingga 23 Oktober 2021 (bagi negeri yang bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu), dan  23 hingga 24 Oktober 2021 (bagi negeri yang bercuti pada hari Sabtu dan Ahad).

Pelajar dinasihatkan agar mengambil maklum hebahan lanjut berkaitan pengkuliahan Semester Oktober Sesi 2021/2022 seperti di url ini : https://pace.uecsb.com.my/memo-pendaftaran-ja212

Berkaitan penyata akaun pelajar/kewangan pelajar adalah dirujuk : Bagi pelajar yang telah membuat pembayaran sebelum ini dinasihatkan menyimpan salinan resit sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat. Salinan resit bayaran perlulah dihantar kepada Unit Pengurusan Kredit (upk.pace@gmail.com) untuk rekod Unit Kewangan selanjutnya.  

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan keputusan peperiksaan, sila kemukakan pertanyaan melalui emel PACEUUM : pace@uum.edu.my

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih. 

SELAMAT MAJU JAYA.

Cetakan Surat Pelepasan Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2021/2022(JJ212)

Cetakan Surat Pelepasan Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2021/2022(JJ212)


Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan akhir Semester Julai Sesi 2021/2022 disiarkan melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Final Examination Release Letter pada 15 Oktober 2021(Jumaat)    

Nota Tambahan :

1. Tarikh Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2021/2022 Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJUUM) akan diadakan pada 15 hingga 22 November 2021 secara atas talian melalui sistem UUM E-assessment atau UUM Online Learning PACE di pautan ini https://learning-pace.uum.edu.my

2. Jadual Peperiksaan (bagi kursus yang berkaitan sahaja) akan dimaklumkan melalui laman web ini selepas Pertemuan IV.

3. Pelajar dikehendaki mengisi Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM menu Lecture – Ecevas pada Pertemuan IV sehingga tarikh akhir Peperiksaan Akhir [15 Oktober 2021 – 22 November 2021] sebelum mencetak slip peperiksaan serta data penilaian pelajar akan diimport dan direkod oleh UUM. 


4. Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan akhir (akan dimaklumkan melalui Portal UUM) menu Lecture – Slip Examination UG pada Pertemuan IV jika perlu untuk salinan majikan pelajar.  

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

MEMO PENDAFTARAN JA212

HAL EHWAL AKADEMIK PACE
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


PEMAKLUMAN
PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENTAKSIRAN SECARA DALAM TALIAN
BAGI SEMESTER OKTOBER SESI 2021/2022 (JA212)

Pengajaran dan Pembelajaran pada Semester Oktober sesi 2021/2022 (JA212) akan diteruskan secara dalam talian berikutan penularan COVID-19 yang masih belum reda. Di bawah merupakan beberapa maklumat penting untuk perhatian pelajar bagi semester JA212:

PENGKULIAHAN

  1. Tarikh kuliah pertemuan pertama adalah pada 22 dan 23 Oktober 2021 (bagi negeri yang bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu), dan 23 dan 24 Oktober 2021 (bagi negeri yang bercuti pada hari Sabtu dan Ahad).
  2. Kalendar Pertemuan Kuliah dan Jadual Kuliah boleh didapati di website PACE, http://pace.uecsb.com.my  bermula 11 Oktober 2021 (Isnin)
  3. Tempoh Gugur Tambah Kursus (Add Drop) adalah selama dua bulan bermula 11 Oktober 2021 sehingga 10 Disember 2021.

TINDAKAN PELAJAR

  1. Login Portal UUM
    • Pelajar DIKEHENDAKI mendaftar kursus secara atas talian melalui Portal UUM : http://www.portal.uum.edu.my : Lecture – Add Course – Confirm Attendance – Add Course -Timetable – Cetak.
  2. Login UUMOL PACE
    • Pelajar DIKEHENDAKI mendaftar kursus sebelum kuliah pertemuan pertama bermula untuk memastikan status pelajar aktif untuk membolehkan pelajar daftar masuk (login) UUM Online Learning (UUMOL) di pautan learning-pace.uum.edu.my. – Panduan Login UUMOL PACE [klik disini]
  3. Login Sistem Aras
    • Kuliah dijalankan menggunakan Aplikasi Webex. Maklumat kuliah pertemuan pertama boleh didapati mulai 20 Oktober 2021 melalui pautan aras.uecsb.com.my/login.php.
      • Username: pelajar
      • Password: pace2021
      • Peranan: online learning
    • Bagi pelajar yang telah mendaftar, maklumat berkaitan Perancangan Akademik, kuiz, tugasan, peperiksaan dan nota pensyarah boleh diperolehi melalui UUM Online Learning | PACE di pautan learning-pace.uum.edu.my.