TARIKH AKHIR : PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER OKTOBER SESI 2021/2022 –26 DISEMBER 2021(AHAD) –

TARIKH AKHIR : PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER OKTOBER SESI 2021/2022 –26 DISEMBER 2021(AHAD) – 


Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 26 Disember 2021(Ahad).

Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE UECSB : https://pace.uecsb.com.my pada menu Pelajar – Program Pendidikan Jarak Jauh – Borang PJJ –  klik pada pautan Borang Tangguh Peperiksaan Akhir/Gantian.

Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my

Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.

Hebahan : Menu Cetakan Surat Pelepasan Midsem Semester Oktober Sesi 2021/2022

Hebahan : Menu Cetakan Surat Pelepasan Midsem Semester Oktober Sesi 2021/2022


Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester Oktober Sesi 2021/2022 disiarkan dalam Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermula 
26 November 2021(Jumaat)

👉 Kepada pelajar yang belum mendaftarkan kursus, dinasihatkan agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum Peperiksaan Pertengahan Semester diadakan agar pelajar tidak dihalang menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JA212 melalui Online Learning PACE.​

  • Pelajar dengan yuran tunggakan yang tidak melebihi RM2,300
  • Pelajar dibenarkan mendaftar semester baharu melalui Portal UUM  : http://www.portal.uum.edu.my : Lecture – Add Course – Confirm Attendance – Add Course -Timetable – Cetak sebelum sebelum 10 Disember 2021 . 
  • Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira. 

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih. 

HEBAHAN PENTING : PINDAAN PERATURAN AKADEMIK BAGI SYARAT ANUGERAH DEKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

HEBAHAN PENTING : PINDAAN PERATURAN AKADEMIK BAGI SYARAT ANUGERAH DEKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

Adalah dimaklumkan,  SENAT ke – 299 bil. 7/2021 pada 3 Oktober 2021 telah meluluskan perubahan peraturan berkaitan kriteria Anugerah Dekan bagi Program Ijazah Sarjana Muda berkuatkuasa Semester Januari Sesi 2022 dan seterusnya.

Bersama – sama ini disampaikan Notis Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Utara Malaysia untuk perhatian semua pelajar PJJUUM.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.