TEMPOH GUGUR TAMBAH KURSUS BAGI SEMESTER OKTOBER SESI 2021/2022 TELAH TAMAT PADA 10 DISEMBER 2021

Tempoh Gugur Tambah Kursus bagi Semester Oktober Sesi 2021/2022 telah berakhir pada 10 Disember 2021

Semua pelajar dikehendaki mendaftar kursus sebelum Pertemuan Ketiga bagi Semester Oktober Sesi 2021/2022 iaitu pada 17 hingga 19 Disember 2021.

1. Pastikan semua pelajar telah mendaftar kursus selewat – lewatnya pada  16 Disember 2021 (Khamis) agar TIDAK DIHALANG untuk menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester pada 17 hingga 19 Disember 2021 dan Peperiksaan Akhir pada 8 hingga 15 Februari 2022 melalui UUM Online Learning PACE (UUMOL PACE): http://learning-pace.uum.edu.my

2. Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira.

3. Pelajar yang telah berdaftar kursus mempunyai baki yuran pengajian belum dijelaskan DIBENARKAN untuk menduduki peperiksaan akhir secara dalam talian.

4. Pelajar dinasihatkan agar menjelaskan baki yuran pengajian secara ansuran sebelum keputusan dikeluarkan pada bulan April 2022 kelak.

5. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan peperiksaan akhir, sila kemukakan pertanyaan melalui emel pace@uum.edu.my untuk keterangan selanjutnya.


Sekian dimaklumkan

SEMAKAN STATUS PENGAJIAN TAMAT PENGAJIAN MELALUI LAMAN WEB HAL EHWAL AKADEMIK (HEA)

SEMAKAN STATUS PENGAJIAN TAMAT PENGAJIAN MELALUI LAMAN WEB HAL EHWAL AKADEMIK (HEA) 

Untuk makluman bagi pelajar yang telah mendapat status pengajian TAMAT PENGAJIAN boleh membuat semakan atau maklumat lanjut berkenaan konvokesyen melalui laman web Jabatan HAl Ehwal Akademik (HEA) di url berikut :  http://hea.uum.edu.my/index.php/convocation

Sekian, dimaklumkan