HEBAHAN PENTING : PENGGUNAAN APLIKASI SISTEM ‘UUM CONVO’ BAGI KONVOKESYEN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KALI KE 33

HEBAHAN PENTING : PENGGUNAAN APLIKASI SISTEM ‘UUM CONVO’ BAGI KONVOKESYEN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KALI KE 33

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan,  Graduan tahun 2020 dikehendaki menggunakan Aplikasi Sistem ‘UUM CONVO’ terlebih dahulu melalui Play Store/Apps Store/Huawei Gallery – “UUM CONVO ” untuk konvokesyen graduan.

Link Apps Convo UUM :

Hebahan lanjut berkaitan konvokesyen, sila layari laman web HEA UUM : http://hea.uum.edu.my/index.php/convocation

Bersama – sama ini disampaikan Notis Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Utara Malaysia untuk perhatian graduan PJJUUM tahun 2020. Sekian dimaklumkan. Terima kasih. 

MAKLUMAN PENTING : SILA CONFIRM ATTENDANCE SEBELUM ADD DROP COURSE

MAKLUMAN PENTING : SILA CONFIRM ATTENDANCE SEBELUM ADD DROP COURSE

  • Pelajar dikehendaki membuat pengesahan status pelajar – klik menu Confirm Attendance terlebih dahulu sebelum memulakan pendaftaran kursus – Add Drop Course UG melalui Portal UUM.
  • Tujuan Confirm Attendance :
    Memastikan status pelajar aktif untuk membolehkan pelajar daftar masuk (login) UUM Online Learning (UUMOL) di pautan learning-pace.uum.edu.my dan menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester dan Peperiksaan Akhir.
  • Kepentingan Confirm Attendance :
    Sekiranya pelajar tidak membuat pengesahan pada menu Confirm Attendance akan menyebabkan status pelajar tidak aktif/tidak daftar kehadiran walaupun telah mendaftar kursus pada semester semasa pengajian.

Tarikh Akhir Permohonan Semak Semula Kursus Semester Julai Sesi 2021/2022

Tarikh Akhir Permohonan Semak Semula Kursus
Semester Julai Sesi 2021/2022

– 17 Januari 2022 (Isnin) – 

Adalah dimaklumkan, Permohonan Semak Semula dibuka 14 hari bermula hari pertama keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan.
Pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan semak semula dengan lengkap dan mengemukakan bayaran RM75.00 [bayaran kepada akaun BIMB Universiti Utara Malaysia] per kursus melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my

Merujuk keratan minit mesyuarat JKPA kali ke-222 bil. 7/2020 pada 17 November 2020 :
Tentang cadangan:

  1. Membenarkan pelajar memohon untuk membuat semakan semula keputusan Peperiksaan bagi komponen kerja kursus.
  2. Bayaran untuk semakan semula adalah RM75.00 iaitu sama dengan yuran semakan semula peperiksaan akhir seperti amalan sebelum ini.
  3. Pelaksanaan perubahan peraturan ini adalah mulai Semester Pertama Sesi 2020/2021(201)

Cetakan Surat Pelepasan Peperiksaan Akhir Semester Oktober Sesi 2021/2022(JA212)

Cetakan Surat Pelepasan Peperiksaan Akhir Semester Oktober Sesi 2021/2022(JA212)

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan akhir Semester Oktober Sesi 2021/2022 disiarkan melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Final Examination Release Letter pada 14 Januari 2022 (Jumaat)    

Nota Tambahan :

  1. Tarikh Peperiksaan Akhir Semester Oktober Sesi 2021/2022 Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJUUM) akan diadakan pada 8 hingga 15 Februari 2022 secara atas talian melalui sistem UUM E-Assessment atau UUM Online Learning PACE di pautan ini https://learning-pace.uum.edu.my

  2. Jadual Peperiksaan (bagi kursus yang berkaitan sahaja) akan dimaklumkan melalui laman web ini selepas Pertemuan IV.

  3. Pelajar DIWAJIBKAN mengisi Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM menu Lecture – Ecevas bermula pada Pertemuan IV sehingga tarikh akhir Peperiksaan Akhir [8  – 15 Februari 2022] sebelum mencetak slip peperiksaan serta data penilaian pelajar akan diimport dan direkod oleh UUM. 

  4. Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan akhir (akan dimaklumkan melalui Portal UUM) menu Lecture – Slip Examination UG pada Pertemuan IV jika perlu untuk salinan majikan pelajar.  

    Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

NOTIS PENTING HEBAHAN MEWAJIBKAN PENILAIAN KURSUS AKADEMIK (ECEVAS) SEMESTER OKTOBER SESI 2021/2022(JA212)

NOTIS PENTING HEBAHAN MEWAJIBKAN PENILAIAN KURSUS AKADEMIK (ECEVAS) SEMESTER OKTOBER SESI 2021/2022(JA212)

HAL EHWAL AKADEMIK PACE
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

NOTIS PENTING HEBAHAN MEWAJIBKAN PENILAIAN KURSUS AKADEMIK (ECEVAS)
SEMESTER OKTOBER SESI 2021/2022(JA212)

Adalah dimaklumkan bahawa Borang Penilaian Kursus Akademik boleh dicapai secara online melalui Sistem Penilaian Kursus (eCevas) di dalam Portal Pelajar. (http://portal.uum.edu.my) bermula 17 Januari hingga 15 Februari 2022.

Pelajar DIWAJIBKAN membuat Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my menu Lecture – Ecevas sebelum dibolehkan mencetak slip peperiksaan akhir.

Kerjasama dan keprihatinan semua pelajar PJJUUM untuk melengkapkan Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM amatlah diharapkan.

Tatacara Pengisian Penilaian Kursus (Ecevas) adalah seperti dilampiran.

Kerjasama semua amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


HEBAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER JULAI SESI 2021/2022 (JJ212)

HEBAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER JULAI SESI 2021/2022 (JJ212)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Pelajar dihormati,

  1. Keputusan Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2021/2022 (JJ212) boleh dibuat semakan pada portal UUM masing-masing pada 2 Januari 2022 (Ahad) jam 3.00 petang di url : https://portal.uum.edu.my

  2. Seperti pelajar sedia maklum dan merujuk kepada peraturan universiti, untuk semakan keputusan peperiksaan pelajar perlu menjelaskan baki yuran pengajian sepenuhnya.

  3. Panduan Pembayaran Yuran Pengajian adalah seperti di url ini : https://pace.uecsb.com.my/…/07/KAEDAH-PEMBAYARAN-YURAN.pdf

  4. Pelajar yang mendapat gred C-, D, D+ dan F bagi mana-mana kursus adalah GAGAL dan perlu mengambil semula kursus berkenaan bagi membaiki gred tersebut.

  5. Permohonan semak semula dibuka 14 hari bermula hari pertama keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan.
    ¤ Tarikh akhir permohonan semak semula adalah pada 17 Januari 2022(Isnin).

  6. Pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan semak semula dengan lengkap dan mengemukakan bayaran RM75.00 [bayaran kepada akaun BIMB Universiti Utara Malaysia] per kursus melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my

  7. Berkaitan penyata akaun pelajar/kewangan pelajar adalah dirujuk : Bagi pelajar yang telah membuat pembayaran sebelum ini dinasihatkan menyimpan salinan resit sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat.
    ¤ Salinan resit bayaran perlulah dihantar kepada Unit Kewangan (kewanganpace@gmail.com) untuk rekod dan pengemaskinian penyata kewangan pelajar selanjutnya.

  8. Hebahan berkaitan Tarikh Pendaftaran Kursus dan Kuliah Semester Januari Sesi 2022/2023 akan dimaklumkan tidak lama lagi melalui laman web ini.

  9. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan keputusan peperiksaan, sila kemukakan pertanyaan melalui emel PACEUUM : pace@uum.edu.my

    Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

    SELAMAT MAJU JAYA.