LOKASI PENGAMBILAN DAN PEMULANGAN JUBAH GRADUAN TAHUN 2020 SIDANG PACE UUM KONVOKESYEN KALI KE – 33 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

đź“Ł LOKASI PENGAMBILAN DAN PEMULANGAN JUBAH GRADUAN TAHUN 2020 SIDANG PACE UUM KONVOKESYEN KALI KE – 33 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

1. Sesi Pengambilan Jubah Graduan Tahun 2020 :

Tarikh pengambilan jubah adalah bertempat di Bilik Jubah tingkat bawah Dewan Tan Sri Othman (DTSO) bermula 20 Februari 2022 sehingga 19 Mac 2022.

2. Sesi Pemulangan Jubah Sidang PACE UUM:

Semua Graduan PACE UUM dikehendaki memulangkan jubah semasa keluar dewan pada sesi tamat sidang PACE UUM dalam Majlis Konvokesyen iaitu pada 19 Mac 2022 sebelum keluar Dewan Muadzam Shah, Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah.

3. Marshall majlis konvokesyen akan membantu graduan semasa pemulangan jubah bertempat di Dewan Teater Eksperimen (belakang Dewan Mas), UUM Sintok.

4. Sidang Graduan PJJ dan Kerjasama PACE UUM :

19 Mac 2022 (Sabtu)

– Sesi Pagi

Jam 7.00 pagi – 12.30 tengahari

Graduan Program BPM(Hons)

-Sesi Petang

Jam 1.30 petang – 6.30 petang

Graduan Program BBA(Hons), BComm(Hons) & BIFB(Hons)🎓TAHNIAH DAN SYABAS kepada semua graduan tahun 2020.🎓

TARIKH AKHIR : PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2022/2023

TARIKH AKHIR : PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2022/2023

–3 APRIL 2022(AHAD) –

Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 3 April 2022(Ahad).

Pelajar DIWAJIBKAN mendaftar kursus bagi semester semasa sebelum memohon peperiksaan gantian.

Peperiksaan Gantian akan dijalankan secara atas talian pada Pertemuan Keempat semester. 

Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE UECSB : https://pace.uecsb.com.my pada menu Pelajar – Program Pendidikan Jarak Jauh – Borang PJJ –  klik pada pautan Borang Tangguh Peperiksaan Akhir/Gantian.

Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my

Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.

Hebahan : Menu Cetakan Surat Pelepasan Midsem Semester Januari Sesi 2022/2023

Hebahan : Menu Cetakan Surat Pelepasan Midsem Semester Januari Sesi 2022/2023

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester Januari Sesi 2022/2023 disiarkan dalam Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermula 
18 Februari 2022(Jumaat)

👉 Kepada pelajar yang belum mendaftarkan kursus, dinasihatkan agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum Peperiksaan Pertengahan Semester diadakan agar pelajar tidak dihalang menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JJ221 melalui Online Learning PACE  :  https://learning-pace.uum.edu.my/pace_39/ 

  • Pelajar dengan yuran tunggakan yang tidak melebihi RM2,300
  • Pelajar dibenarkan mendaftar semester baharu melalui Portal UUM  : http://www.portal.uum.edu.my : Lecture – Add Course – Confirm Attendance – Add Course -Timetable – Cetak sebelum sebelum 13 Mac 2022
  • Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira. 

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.