TARIKH AKHIR : PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER APRIL SESI 2022/2023

TARIKH AKHIR : PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER APRIL SESI 2022/2023

–3 JULAI 2022(AHAD) –


Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 3 Julai 2022(Ahad).

Pelajar DIWAJIBKAN mendaftar kursus bagi semester semasa sebelum memohon peperiksaan gantian.

Peperiksaan Gantian akan dijalankan secara atas talian pada Pertemuan Keempat semester. 

Pelajar DISARANKAN mengemukakan borang diisi lengkap permohonan peperiksaan pertengahan semester gantian merujuk tarikh akhir yang telah ditetapkan agar memudahkan urusan pembelajaran Pensyarah masing – masing di setiap Pusat Pembelajaran PJJUUM. 

Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE UECSB : https://pace.uecsb.com.my pada menu Pelajar – Program Pendidikan Jarak Jauh – Borang PJJ –  klik pada pautan Borang Tangguh Peperiksaan Akhir/Gantian.

Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my

Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.

Hebahan : Menu Cetakan Surat Pelepasan Midsem Semester April Sesi 2022/2023

Hebahan : Menu Cetakan Surat Pelepasan Midsem Semester April Sesi 2022/2023

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester April Sesi 2022/2023 disiarkan dalam Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermula 27 Mei 2022(Jumaat)


👉 Kepada pelajar yang belum mendaftarkan kursus, dinasihatkan agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum Peperiksaan Pertengahan Semester diadakan agar pelajar tidak dihalang menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JA221 melalui Online Learning PACE  :  https://learning-pace.uum.edu.my/pace_39/ 

  • Pelajar dengan yuran tunggakan yang tidak melebihi RM2,300
  • Pelajar dibenarkan mendaftar semester baharu melalui Portal UUM  : http://www.portal.uum.edu.my : Lecture – Add Course – Confirm Attendance – Add Course -Timetable – Cetak sebelum atau selewat – lewatnya pada 10 Jun 2022(Jumaat)
  • Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira. 

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.