TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PERTUKARAN PUSAT PEPERIKSAAN ATAU TUMPANG PUSAT PEPERIKSAAN BAGI SEMESTER JULAI SESI 2023/2024: 16 OKTOBER 2023 (ISNIN)
Assalamualaikum/Salam Sejahtera.
Pelajar dihormati,
Adalah dimaklumkan, sekiranya calon peperiksaan hendak memohon Pertukaran Pusat Peperiksaan atau Tumpang Pusat Peperiksaan dikehendaki mengemukakan Surat Permohonan Pertukaran Pusat Peperiksaan/Tumpang Pusat Peperiksaan secara rasmi beserta dokumen sokongan sebelum atau selewat – lewatnya pada 16 Oktober 2023 (Isnin) melalui emel PACE : pace@uum.edu.my untuk pertimbangan Unit Peperiksaan PACE UUM sewajarnya.
Syarat – Syarat Permohonan Pertukaran Pusat Peperiksaan adalah seperti berikut :
1. Permohonan Pertukaran Pusat Peperiksaan/Tumpang Pusat Peperiksaan berdasarkan keberadaan kursus dipohon pada Jadual Waktu Peperiksaan Akhir bagi setiap Pusat Peperiksaan. [Jadual Waktu Peperiksaan Akhir akan disiarkan pada laman web PACE UUM pada Pertemuan IV nanti].
2. Sekiranya kursus berkaitan tidak ditawarkan pada Jadual Waktu Peperiksaan Akhir bagi Pusat Peperiksaan dipohon, pelajar dinasihatkan agar memohon Pertukaran Pusat Peperiksaan di Pusat Peperiksaan PJJ berhampiran yang mempunyai kursus tersebut atau boleh mengemukakan Permohonan Peperiksaan Akhir Gantian dengan merujuk hebahan seperti di url ini : https://pace.uum.edu.my/notis-hebahan-tarikh-baharu-peperiksaan-akhir-semester-julai-sesi-2023-2024
Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.
Permohonan yang mencukupi syarat dan diluluskan oleh Unit Peperiksaan PACE UUM akan diberikan maklumbalas melalui emel pelajar.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.