Tatacara Login Akses ke Portal Student FIMS UEC
Tatacara Login Akses ke Portal Student FIMS UEC
MEMO PEMAKLUMAN BERKAITAN PROSEDUR UNTUK MENYEMAK PENYATA KEWANGAN PELAJAR PADA SISTEM BAHARU
Tatacara log masuk ke dalam Portal Pelajar FIMS UEC
MEMO PEMAKLUMAN PEMINDAHAN DATA DARIPADA SISTEM KEWANGAN LAMA KEPADA SISTEM KEWANGAN YANG BAHARU
MEMO PEMAKLUMAN PEMINDAHAN DATA DARIPADA SISTEM KEWANGAN LAMA KEPADA SISTEM KEWANGAN YANG BAHARU
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pelajar yang dihormati,
Adalah dimaklumkan bahawa pihak PACE UUM kini sedang melakukan pemindahan data berkaitan yuran pelajar daripada sistem kewangan lama kepada sistem kewangan (FIMS) yang baharu.
Sehubungan itu, kepada semua pelajar PJJ PACE UUM diminta untuk mengambil perhatian hal ini berikutan penyata akaun pelajar tidak dapat disemak buat sementara waktu melalui sistem portal sehingga proses pemindahan data tersebut selesai.
Namun, bagi pelajar yang telah membuat pembayaran sebelum ini dinasihatkan menyimpan salinan resit sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat. Salinan resit bayaran perlulah dihantar kepada Unit Pengurusan Kredit (upk.pace@gmail.com) untuk semakan di pihak PACE. Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh menghubungi Unit Pengurusan di talian 019-590 8547.
Oleh yang demikian, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan keputusan peperiksaan sila rujuk masalah tersebut melalui email pace@uum.edu.my
Kerjasama dan perhatian semua pelajar berhubung perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian dimaklumkan.
PEMAKLUMAN PEMINDAHAN DATA DARIPADA SISTEM KEWANGAN LAMA KEPADA SISTEM KEWANGAN BAHARU
PEMAKLUMAN PEMINDAHAN DATA DARIPADA SISTEM KEWANGAN LAMA KEPADA SISTEM KEWANGAN BAHARU
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pelajar yang dihormati,
Bersama – sama ini disampaikan hebahan rasmi berkaitan makluman pengemaskinian menu Penyata Akaun Kewangan Pelajar pada Portal UUM seperti di url ini [KLIK DISINI]
serta hebahan rasmi berkaitan makluman pemindahan data yuran pelajar kepada sistem kewangan baharu seperti di url ini [KLIK DISINI]
Mohon sebarluas dan kongsikan hebahan ini kepada semua pelajar PJJUUM untuk panduan bersama. Terima kasih
Makluman Penting : Tarikh Akhir Permohonan PTPTN
Makluman Penting : Tarikh Akhir Permohonan PTPTN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pelajar,
Adalah dimaklumkan, tarikh permohonan baru pinjaman PTPTN dibuka bermula 1 September hingga 31 Oktober 2020 melalui laman web seperti berikut :
https://sspnkita.com/ dan laman web ini https://www.ptptn.gov.my/elmas-pin-purchase-web/#/register untuk pembelian no pin BSN.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Pelanjutan Tempoh Penghantaran Dokumen Tawaran Dan Perjanjiian Pinjaman PTPTN
Berikutan dengan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 5 mulai 13 Mei 2020 sehingga 9 Jun 2020 di seluruh negara bagi menangani ancaman penularan wabak Covid-19, PTPTN telah bersetuju supaya tempoh penghantaran Dokumen Tawaran dan Perjanjian Pinjaman bagi kelulusan 6 Mac 2020, 7 April 2020 dan 12 Mei 2020 dilanjutkan sehingga 14 Jun 2020. Dokumen tersebut boleh dihantar terus ke Ibu Pejabat PTPTN melalui pos di alamat :Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
(u.p : En. Ahmad Shahril@Muhammad Shahril bin Ghazali)Atau2. Hantar ke mana-mana Pejabat PTPTN Cawangan berhampiran yang beroperasi (sila rujuk Portal PTPTN untuk mengetahui Pejabat PTPTN Cawangan yang beroperasi).