Hebahan : Menu Cetakan Surat Pelepasan Midsem Semester April Sesi 2021/2022

Hebahan : Menu Cetakan Surat Pelepasan Midsem Semester April Sesi 2021/2022

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester April Sesi 2021/2022

disiarkan dalam Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermula 13/06/2021(Ahad)

👉Kepada pelajar yang belum mendaftarkan kursus, dinasihatkan agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum Peperiksaan Pertengahan Semester diadakan agar pelajar tidak dihalang menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JA211 melalui Online Learning PACE.

  • Pelajar dengan yuran tunggakan yang tidak melebihi RM2,300
    Pelajar dibenarkan mendaftar semester baharu. Namun untuk pendaftaran subjek pelajar perlu membuat permohonan bertulis dengan menyertakan maklumat lengkap (1) Alasan yuran tidak dibayar; dan (2) Kaedah pembayaran yuran tunggakan. Pelajar perlu menghubungi pegawai yang bertanggungjawab melalui email (husnul@uum.edu.my) dengan menyenaraikan subjek yang perlu diambil bagi semester berkenaan untuk dipertimbangkan pendaftaran subjek.

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih. 

Hebahan Terkini : Peperiksaan Akhir Semester JJ211

Hebahan Terkini : Peperiksaan Akhir Semester JJ211

Assalamualaikum / Salam Sejahtera Pelajar PJJ PACEUUM,

Peperiksaan Akhir Semester Januari Sesi 2021/2022 Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJUUM) akan diadakan pada 2 hingga 9 Mei 2021 secara dalam talian melalui UUM Online Learning PACE (UUMOL PACE) : http://learning-pace.uum.edu.my  
– Persediaan Penggunaan UUMOL PACE : Panduan_Pelajar_-_UUM_ONLINE_LEARNING_PACE_UUMOL_PACE.pdf 
– Panduan Login UUMOL PACE : KLIK SINI

Pelajar dikehendaki membuat Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my menu Lecture – Ecevas tidak lama lagi, sebelum dibolehkan mencetak slip peperiksaan akhir tidak lama lagi.

Pelajar boleh mencetak Surat Pelepasan Peperiksaan Akhir Semester Januari Sesi 2021/2022 melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Final Examination Release Letter bermula 15 April 2021 bagi tujuan mendapatkan pelepasan majikan (jika perlu).

Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan akhir (akan dimaklumkan) melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my menu  Lecture – Slip Examination UG tidak lama lagi.    

Pelajar diingatkan agar mengambil maklum perkara berikut : 

1. Para pelajar DIKEHENDAKI memuatnaik/ “upload” tugasan pentaksiran akhir melalui UUM Online Learning PACE (UUMOL PACE)

2. Sekiranya pelajar mempunyai masalah berkaitan KESILAPAN SERAHAN TUGASAN melalui UUMOL PACE – pelajar dikehendaki berhubung terus dengan pensyarah kursus masing – masing untuk tindakan selanjutnya.

3. Menu cetakan surat pelepasan Peperiksaan Akhir dibuka pada Portal UUM menu Lecture – Final Examination Release Letter PJJ – sekiranya perlu untuk salinan majikan. 

4. Tugas calon tidak dapat hadir peperiksaan akhir, dipohon merujuk syarat permohonan peperiksaan gantian :  
– Borang Permohonan Peperiksaan Gantian
– Tarikh Akhir Permohonan Peperiksaan Gantian adalah pada 16 Mei 2021 . [Permohonan Peperiksaan Gantian bagi kursus yang mempunyai Peperiksaan Akhir sahaja]

5. Bagi pelajar yang masih mempunyai baki yuran pengajian yang belum dijelaskan, sekiranya status pengajian pelajar aktif/kursus bagi semester semasa didaftarkan. Pelajar dibolehkan menduduki peperiksaan akhir.  Walaubagaimanapun, pelajar dinasihatkan agar menjelaskan baki yuran pengajian secara ansuran sebelum keputusan peperiksaan dikeluarkan pada awal bulan Julai 2021 kelak.

7. Sekiranya terdapat masalah teknikal penggunaan UUM Online Learning PACE, sila hubungi +604-928 6666/6644/6622 atau emel : itservices@uum.edu.my dengan mengemukakan nama/matrik/permasalahan untuk bantuan UUMIT selanjutnya.

8.  Pelajar TIDAK DIBENARKAN menggunakan medium emel penyelaras kursus/pensyarah PJJUUM untuk penyerahan tugasan/kuiz peperiksaan akhir sekiranya tidak diarahkan oleh penyelaras kursus tersebut. 

9.  Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan peperiksaan akhir, sila kemukakan pertanyaan melalui emel pace@uum.edu.my untuk keterangan selanjutnya. 

 SEMOGA MAJU JAYA DALAM MENJALANI PEPERIKSAAN AKHIR.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih. 

Cetakan Surat Pelepasan Peperiksaan Akhir Semester Januari Sesi 2021/2022(JJ211)

Cetakan Surat Pelepasan Peperiksaan Akhir Semester Januari Sesi 2021/2022(JJ211)

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan akhir Semester Oktober Sesi 2020/2021 disiarkan dalam Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Final Examination Release Letter pada 15 April 2021 (Khamis).    

Nota Tambahan :

1. Tarikh Peperiksaan Akhir Semester Januari Sesi 2021/2022 Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJUUM) akan diadakan pada 2 hingga 9 Mei 2021 secara atas talian melalui sistem UUM E-assessment atau UUM Online Learning PACE di pautan ini https://learning-pace.uum.edu.my

2. Jadual Peperiksaan (bagi kursus yang berkaitan sahaja) akan dimaklumkan melalui laman web ini tidak lama lagi (akan dimaklumkan).

3. Pelajar dikehendaki mengisi Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM menu Lecture – Ecevas tidak lama lagi (akan dimaklumkan) sebelum mencetak slip peperiksaan akhir melalui Portal UUM.

4. Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan akhir (akan dimaklumkan melalui Portal UUM menu Lecture – Slip Examination UG tidak lama lagi (akan dimaklumkan) jika perlu untuk salinan majikan pelajar.  Sekian dimaklumkan. Terima Kasih. 

pelepasanfe 1
Slide2

DITUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU : Permohonan Pengeposan Sijil Anugerah Dekan

DITUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU : Permohonan Pengeposan Sijil Anugerah Dekan

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Pelajar dihormati,

Adalah dimaklumkan, permohonan pengeposan sijil anugerah dekan DITUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU untuk memberi laluan pemprosesan permohonan sijil anugerah dekan yang sedia ada.

Borang Permohonan Pengeposan Sijil Anugerah Dekan akan dibuka kembali kelak dan akan dimaklumkan melalui hebahan pada laman web PACEUUM. 

Untuk semakan permohonan pengeposan sijil anugerah dekan sebelum 23 Mac 2021, sila kemukakan pertanyaan melalui emel pace@uum.edu.my.

Sekian dimaklumkan.  Terima Kasih. 

Makluman : Kelayakan Anugerah Dekan dan Caj Terbaharu Pengeposan Sijil Dekan

Makluman : Kelayakan Anugerah Dekan dan Caj Terbaharu Pengeposan Sijil Dekan

KELAYAKAN ANUGERAH DEKAN

  1. Program BPM(Hons)
    • Anugerah Dekan akan diberikan kepada pelajar yang mendapat PMS 3.60 ke atas dan mengambil sekurang – kurangnya 12 jam kredit.
  2. Program BBA(Hons), BCOMM(Hons), BIFB(Hons) dan BCIM(Hons)
    • Anugerah Dekan akan diberikan kepada pelajar yang mendapat PMS 3.50 ke atas dan mengambil sekurang – kurangnya 12 jam kredit.
  3. Program BMA(Hons)
    • Anugerah Dekan akan diberikan kepada pelajar yang mendapat PMS 3.67 ke atas dan mengambil sekurang – kurangnya 12 jam kredit.

CAJ TERBAHARU : PERMOHONAN PENGEPOSAN SIJIL ANUGERAH DEKAN

Bermula Februari 2021, caj penghantaran Sijil Anugerah Dekan melalui Pos Ekspress adalah seperti berikut :

  • Semenanjung Malaysia : RM12.00
  • Sabah dan Sarawak : RM18.00

Bayaran kepada UNIUTAMA EDUCATION AND CONSULTANCY SDN BHD (AKAUN BANK ISLAM 02093010007784)

Sila kemukakan permohonan rasmi beserta Slip Deposit Tunai Bank Islam atau Internet Banking kepada emel: pace@uum.edu.my.dan mengisi borang lengkap QR code untuk proses penghantaran sijil dekan atau klik url ini : https://forms.gle/DBZmMGXVw9URr5uK8 untuk proses penghantaran sijil dekan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Peperiksaan – Bahagian sijil dekan : 049284621

Tarikh Akhir : Permohonan Midsem Gantian Sem. Januari Sesi 2021/2022

Tarikh Akhir : Permohonan Midsem Gantian Sem. Januari Sesi 2021/2022

TARIKH AKHIR : PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2021/2022

– 28 MAC 2021 (AHAD) – 

Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 28 Mac 2021 (Ahad).

Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE : www.pace.uum.edu.my

pada menu Sarjana Muda – Muat Turun – Unit Peperiksaan/Praktikum/Pengijazahan – klik pada pautan borang Tangguh Peperiksaan Akhir/Gantian

Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my

Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima. 

Makluman Penting : Peperiksaan Akhir JJ202

Makluman Penting : Peperiksaan Akhir JJ202

Assalamualaikum / Salam Sejahtera Pelajar PJJ PACEUUM,

Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2020/2021 Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJUUM) akan diadakan pada 18 hingga 25 November 2020 secara dalam talian melalui UUM Online Learning PACE (UUMOL PACE)http://learning-pace.uum.edu.my

Jadual Peperiksaan Akhir (bagi kursus yang berkaitan sahaja) akan dimaklumkan melalui laman web PACEUUM dalam masa terdekat.

Pelajar dikehendaki membuat Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUMhttps://portal.uum.edu.my menu Lecture – Ecevas bermula 20 Oktober 2020, sebelum dibolehkan mencetak slip peperiksaan akhir.

Pelajar boleh mencetak Surat Pelepasan Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2020/2021 melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Final Examination Release Letter bermula 20 Oktober 2020 bagi tujuan mendapatkan pelepasan majikan (jika perlu).

Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan akhir (akan dimaklumkan) melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my menu Lecture – Slip Examination UG.    

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

Hebahan Keputusan Peperiksaan Semester April JA201

Hebahan Keputusan Peperiksaan Semester JA201

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Pelajar dihormati,

  • Keputusan Peperiksaan Akhir Semester April Sesi 2020/2021(JA201) boleh dibuat semakan pada portal UUM masing-masing hari ini 22 Oktober 2020 di url : https://portal.uum.edu.my
  • Tarikh Gugur Tambah bagi Semester Oktober Sesi 2020/2021 (JA202) adalah pada 29 Oktober hingga 28 November 2020.
  • Pelajar dikehendaki mendaftar kursus sebelum kuliah agar status pelajar aktif dan dapat membuat capaian pada UUM Online Learning merujuk kursus diambil pada semester semasa pengajian.
  • Tarikh Kuliah Pertemuan Pertama adalah pada 6 – 7 November 2020 (bagi negeri yang bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu), dan 7 – 8 November 2020 (bagi negeri yang bercuti pada hari Sabtu dan Ahad).
  • Semua kuliah/aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) akan dijalankan secara dalam talian (online) atau kaedah remote learning. Kaedah remote learning merupakan kaedah selain bersemuka, antaranya pembelajaran berbentuk tugasan dan pembelajaran kendiri menggunakan pelbagai sistem komunikasi, penyampaian dan sumber pembelajaran, contohnya, WhatsApp, Email, SMS dan sebagainya.
  • Pelajar disarankan agar membaca makluman PdP bagi Semester Oktober Sesi 2020/2021 [KLIK DISINI]
  • Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila kemukakan pertanyaan ke emel PACEUUM : pace@uum.edu.my

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.