CETAKAN SURAT PELEPASAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JANUARI SESI 2022/2023(JJ221)
Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Pelajar dihormati,
Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan akhir Semester Januari Sesi 2022/2023(JJ221) disiarkan melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Final Examination Release Letter pada 15 April 2022 (Jumaat)
Nota Tambahan :
- Tarikh Peperiksaan Akhir Semester Januari Sesi 2022/2023 Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJUUM) akan diadakan pada 17 hingga 24 Mei 2022 secara atas talian melalui sistem UUM E-Assessment atau UUM Online Learning PACE di pautan ini : https://learning-pace.uum.edu.my/pace_39/
- Jadual Peperiksaan (bagi kursus yang berkaitan sahaja) akan dimaklumkan melalui laman web ini selepas Pertemuan IV.
- Pelajar DIWAJIBKAN mengisi Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM menu Lecture – Ecevas bermula pada Pertemuan IV sehingga tarikh akhir Peperiksaan Akhir [17 – 24 Mei 2022] sebelum mencetak slip peperiksaan serta data penilaian pelajar akan diimport dan direkod oleh UUM.
- Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan akhir (akan dimaklumkan melalui Portal UUM) menu Lecture – Slip Examination UG pada Pertemuan IV jika perlu untuk salinan majikan pelajar.
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.
