Gugur Tambah Sem. April Sesi 2021/2022 (JA211)

Gugur Tambah Sem. April Sesi 2021/2022 (JA211)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh Add/Drop JA211 dibuka mulai: 8 April 2021 hingga 7 Mei 2021

  • Pelajar dengan yuran tunggakan yang tidak melebihi RM2,300
    Pelajar dibenarkan mendaftar semester baharu. Namun untuk pendaftaran subjek pelajar perlu membuat permohonan bertulis dengan menyertakan maklumat lengkap (1) Alasan yuran tidak dibayar; dan (2) Kaedah pembayaran yuran tunggakan. Pelajar perlu menghubungi pegawai yang bertanggungjawab melalui email (daftarsubjek.unitkuliahpace@gmail.com) dengan menyenaraikan subjek yang perlu diambil bagi semester berkenaan untuk dipertimbangkan pendaftaran subjek.
  • Pelajar yang BAHARU menjelaskan baki yuran pengajian DIKEHENDAKI mengemukakan slip bayaran kepada Unit Kewangan – Caj Yuran : Cik Madiha melalui emel : nurulmadiha@uum.edu.my dengan mengemukakan nama/matrik/tujuan emel untuk bantuan Unit Kewangan mengemaskini pembayaran pelajar secara manual.

Pelajar yang dihormati,

  • Makluman Penting Pelajar : 1. Login Portal UUM : Daftar Kursus – 2. Login Sistem Aras : Dapatkan Pautan Webex pada Sistem Aras – 3. Login UUMOL PACE : Sesi Pengkuliahan dan Peperiksaan.
  • Pelajar DIKEHENDAKI mendaftar kursus sebelum kuliah pertemuan pertama bermula untuk memastikan status pelajar aktif untuk membolehkan pelajar daftar masuk (login) UUM Online Learning (UUMOL) di pautan learning-pace.uum.edu.my. – Panduan Login UUMOL PACE [klik disini]
  • Kursus-kursus JA211 yang telah didaftarkan boleh dicapai di tab ‘Future’.
  • Pelajar DIKEHENDAKI mendaftar kursus secara atas talian melalui Portal UUM : http://www.portal.uum.edu.my :Lecture – Add Course – Confirm Attendance – Add Course -Timetable – Cetak.
  • Semua kuliah/aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) akan dijalankan secara dalam talian (online) atau kaedah remote learning. Kaedah remote learning merupakan kaedah selain bersemuka, antaranya pembelajaran berbentuk tugasan dan pembelajaran kendiri menggunakan pelbagai sistem komunikasi, penyampaian dan sumber pembelajaran, contohnya, WhatsApp, Email, SMS dan sebagainya.
  • Kehadiran pelajar ke kuliah dalam talian (online) PERLU sekurang-kurangnya 80% daripada jumlah jam keseluruhan (16 jam) yang ditetapkan. Pensyarah disarankan untuk menggunakan kaedah masing-masing untuk mendapatkan kehadiran pelajar dalam PdP dan memastikan rekod kehadiran pelajar bagi kelas masing-masing disimpan untuk tujuan audit kualiti akademik.
  • Kuliah dijalankan secara dalam talian (online) menggunakan Aplikasi Webex didapati mulai 20 April 2021 di pautan aras.uecsb.com.my/login.php. – Tatacara Penggunaan Sistem Aras [klik disini] – Semua link webex setiap kursus/kuliah akan diletakkan pada Sistem Aras – Login Sistem Aras : Sila masukkan maklumat username, password dan peranan seperti berikut:

Username: pelajar

Password: pace2021

Peranan: online learning

klik Add Drop

Sekian, terima kasih.