Gugur Tambah Sem. Oktober Sesi 2020/2021(JA202)

Gugur Tambah Sem. Oktober Sesi 2020/2021(JA202)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh Add/Drop dibuka mulai: 29 Oktober 2020 hingga 28 November 2020

Pelajar yang dihormati,

  • Pelajar DIKEHENDAKI mendaftar kursus sebelum kuliah pertemuan pertama bermula untuk memastikan status pelajar aktif untuk membolehkan pelajar daftar masuk (login) UUM Online Learning (UUMOL) di pautan learning-pace.uum.edu.my.
  • Kursus-kursus JA202 yang telah didaftarkan boleh dicapai di tab ‘Future’.
  • Pelajar DIKEHENDAKI mendaftar kursus secara atas talian melalui Portal UUM : http://www.portal.uum.edu.my : Lecture – Add Course – Confirm Attendance – Add Course -Timetable – Cetak.
  • Semua kuliah/aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) akan dijalankan secara dalam talian (online) atau kaedah remote learning. Kaedah remote learning merupakan kaedah selain bersemuka, antaranya pembelajaran berbentuk tugasan dan pembelajaran kendiri menggunakan pelbagai sistem komunikasi, penyampaian dan sumber pembelajaran, contohnya, WhatsApp, Email, SMS dan sebagainya.
  • Kehadiran pelajar ke kuliah dalam talian (online) PERLU sekurang-kurangnya 80% daripada jumlah jam keseluruhan (16 jam) yang ditetapkan. Pensyarah disarankan untuk menggunakan kaedah masing-masing untuk mendapatkan kehadiran pelajar dalam PdP dan memastikan rekod kehadiran pelajar bagi kelas masing-masing disimpan untuk tujuan audit kualiti akademik.

Sekian, terima kasih.