HEBAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER APRIL SESI 2021/2022 (JA211)

HEBAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER APRIL SESI 2021/2022 (JA211)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Pelajar dihormati,

Keputusan Peperiksaan Akhir Semester April Sesi 2021/2022 (JA211) boleh dibuat semakan pada portal UUM masing-masing pada 7 Oktober 2021(Khamis) jam 3.30 petang di url : https://portal.uum.edu.my

Seperti pelajar sedia maklum dan merujuk kepada peraturan universiti, untuk semakan keputusan peperiksaan pelajar perlu menjelaskan baki yuran pengajian sepenuhnya.

Panduan Pembayaran Yuran Pengajian adalah seperti di url ini : https://pace.uecsb.com.my/wp-content/uploads/2021/04/MANUAL-KAEDAH-PEMBAYARAN-YURAN-PACE-UUM.pdf

Pelajar yang mendapat gred C-, D, D+ dan F bagi mana-mana kursus adalah GAGAL dan perlu mengambil semula kursus berkenaan bagi membaiki gred tersebut.  

Tarikh Gugur Tambah bagi Semester Oktober Sesi 2021/2022(JA212) adalah pada 11 Oktober 2021 sehingga 10 Disember 2021 melalui Portal UUM. 

Pelajar dikehendaki mendaftar kursus sebelum kuliah agar status pelajar aktif dan dapat membuat capaian pada Online Learning PACE merujuk kursus diambil pada semester semasa pengajian.

Tarikh Kuliah Pertemuan Pertama adalah pada 22 hingga 23 Oktober 2021 (bagi negeri yang bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu), dan  23 hingga 24 Oktober 2021 (bagi negeri yang bercuti pada hari Sabtu dan Ahad).

Pelajar dinasihatkan agar mengambil maklum hebahan lanjut berkaitan pengkuliahan Semester Oktober Sesi 2021/2022 seperti di url ini : https://pace.uecsb.com.my/memo-pendaftaran-ja212

Berkaitan penyata akaun pelajar/kewangan pelajar adalah dirujuk : Bagi pelajar yang telah membuat pembayaran sebelum ini dinasihatkan menyimpan salinan resit sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat. Salinan resit bayaran perlulah dihantar kepada Unit Pengurusan Kredit (upk.pace@gmail.com) untuk rekod Unit Kewangan selanjutnya.  

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan keputusan peperiksaan, sila kemukakan pertanyaan melalui emel PACEUUM : pace@uum.edu.my

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih. 

SELAMAT MAJU JAYA.