HEBAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER APRIL SESI 2022/2023 (JA221)

HEBAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER APRIL SESI 2022/2023 (JA221)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

HEBAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER APRIL SESI 2022/2023 (JA221)

Pelajar dihormati,

  1. Keputusan Peperiksaan Akhir Semester April Sesi 2022/2023 (JA221) boleh dibuat semakan pada portal UUM masing-masing pada 10 Oktober 2022 (Isnin) di url : https://portal.uum.edu.my
  2. Pelajar dinasihatkan agar menjelaskan baki yuran sepenuhnya agar tidak dihalang semasa membuat semakan keputusan peperiksaan akhir melalui Portal UUM menu Academic – Result – Examination Result UG. Seperti pelajar sedia maklum dan merujuk kepada peraturan universiti, untuk semakan keputusan peperiksaan pelajar perlu menjelaskan baki yuran pengajian sepenuhnya dengan membuat pembayaran melalui akaun PACE UUM (Biller) pada Kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau secara Perbankan Internet, JOMPAY, ATM Transfer dan CDM.
  3. Panduan Pembayaran Yuran Pengajian adalah seperti di url ini : https://pace.uecsb.com.my/wp-content/uploads/2022/04/KAEDAH-PEMBAYARAN-YURAN-TERKINI2022.pdf Berkaitan semakan penyata akaun pelajar/kewangan pelajar adalah dirujuk : Bagi pelajar yang telah membuat pembayaran sebelum ini dinasihatkan menyimpan salinan resit sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat. Salinan resit bayaran kepada PACE UUM perlulah dihantar kepada Unit Kewangan (kewanganpace@gmail.com) untuk rekod dan pengemaskinian penyata kewangan pelajar selanjutnya.
  4. Panduan semakan penyata kewangan melalui sistem FIMS adalah seperti di url ini : https://pace.uecsb.com.my/wp-content/uploads/2021/10/tatacara_semak_penyata_kewangan_baharu_2021.pdf
  5. Pelajar yang mendapat gred C-, D, D+ dan F bagi mana-mana kursus adalah GAGAL dan perlu mengambil semula kursus berkenaan bagi membaiki gred tersebut. Permohonan semak semula dibuka 14 hari bermula hari pertama keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan.
  6. Tarikh akhir permohonan semak semula adalah pada 25 Oktober 2022(Selasa). Pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan semak semula dengan lengkap dan mengemukakan bayaran RM75.00 [bayaran kepada akaun BIMB Universiti Utara Malaysia] per kursus melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my
  7. Kalendar Akademik Semester Oktober Sesi 2022/2023, seperti di klik url ini :https://drive.google.com/file/d/1-3JC90TZRnLd7layVd4VZui_8KKf_ph4/view?usp=drivesdk
  8. Hebahan berkaitan Tarikh Pendaftaran Kursus dan Kuliah Semester Oktober Sesi 2022/2023 akan dimaklumkan pada masa terdekat.
  9. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan keputusan peperiksaan, sila kemukakan pertanyaan melalui emel PACEUUM : pace@uum.edu.my

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

SELAMAT MAJU JAYA.