HEBAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER JULAI SESI 2021/2022 (JJ212)

HEBAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER JULAI SESI 2021/2022 (JJ212)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Pelajar dihormati,

  1. Keputusan Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2021/2022 (JJ212) boleh dibuat semakan pada portal UUM masing-masing pada 2 Januari 2022 (Ahad) jam 3.00 petang di url : https://portal.uum.edu.my

  2. Seperti pelajar sedia maklum dan merujuk kepada peraturan universiti, untuk semakan keputusan peperiksaan pelajar perlu menjelaskan baki yuran pengajian sepenuhnya.

  3. Panduan Pembayaran Yuran Pengajian adalah seperti di url ini : https://pace.uecsb.com.my/…/07/KAEDAH-PEMBAYARAN-YURAN.pdf

  4. Pelajar yang mendapat gred C-, D, D+ dan F bagi mana-mana kursus adalah GAGAL dan perlu mengambil semula kursus berkenaan bagi membaiki gred tersebut.

  5. Permohonan semak semula dibuka 14 hari bermula hari pertama keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan.
    ¤ Tarikh akhir permohonan semak semula adalah pada 17 Januari 2022(Isnin).

  6. Pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan semak semula dengan lengkap dan mengemukakan bayaran RM75.00 [bayaran kepada akaun BIMB Universiti Utara Malaysia] per kursus melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my

  7. Berkaitan penyata akaun pelajar/kewangan pelajar adalah dirujuk : Bagi pelajar yang telah membuat pembayaran sebelum ini dinasihatkan menyimpan salinan resit sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat.
    ¤ Salinan resit bayaran perlulah dihantar kepada Unit Kewangan (kewanganpace@gmail.com) untuk rekod dan pengemaskinian penyata kewangan pelajar selanjutnya.

  8. Hebahan berkaitan Tarikh Pendaftaran Kursus dan Kuliah Semester Januari Sesi 2022/2023 akan dimaklumkan tidak lama lagi melalui laman web ini.

  9. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan keputusan peperiksaan, sila kemukakan pertanyaan melalui emel PACEUUM : pace@uum.edu.my

    Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

    SELAMAT MAJU JAYA.