HEBAHAN: MUAT TURUN APLIKASI SISTEM UUM CONVO BAGI GRADUAN TAHUN 2021 KONVOKEYSEN KALI KE 34

 

 NOTIS PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR(AKADEMIK DAN ANTARABANGSA)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


HEBAHAN MUAT TURUN APLIKASI SISTEM UUM CONVO BAGI GRADUAN TAHUN 2021 KONVOKESYEN KALI KE 34

Majlis konvokesyen merupakan satu majlis yang amat bermakna kepada semua graduan bagi menghargai kejayaan menamatkan pengajian. Bagi tujuan pelaksanaan Majlis Konvokesyen ke-34 pohon semua graduan 2021untuk mengambil tindakan berikut:

  1. Membuat semakan nama graduan 2021 & sesi konvokesyen melalui laman sesawang Jabatan Hal Ehwal Akademik (HEA)(http://hea.uum.edu.my/);
  2. Memuat turun aplikasi UUM CONVO versi Bahasa Melayu mulai 6 Oktober 2022 seperti di url ini [KLIK DISINI]
  3. Membuat pengesahan kehadiran ke Majlis Konvokesyen Kali Ke 34 melalui aplikasi UUM CONVO mulai 6 Oktober 2022 hingga 16 Oktober 2022.
  4. Hanya graduan yang telah membuat pengesahan kehadiran dan membuat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan tersebut akan dibenarkan untuk menghadiri majlis konvokesyen.

Sekian, harap maklum.


Pejabat Timbalan Naib Canselor ​
(Akademik dan Antarabangsa)
Universiti Utara Malaysia


5 Oktober 2022