HEBAHAN RASMI PENGIJAZAHAN TAHUN 2021

HEBAHAN RASMI PENGIJAZAHAN TAHUN 2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pelajar dihormati,

Unit Pengijazahan ingin berkongsi info – info penting untuk panduan Pelajar PJJUUM yang berada di Semester Akhir : –

I. TARIKH AKHIR SERAH BORANG PENGIJAZAHAN TAHUN 2021 : 1 JULAI 2021

Pelajar dikehendaki mengemukakan borang pengijazahan diisi lengkap dengan mengemukakan dokumen seperti berikut melalui emel pace@uum.edu.my :

1. Salinan keputusan MUET​.

2. Salinan kad pengenalan.

3. Salinan keputusan peperiksaan akhir dari Semester 1 hingga Semester Akhir.

II. BAGAIMANA CARA MEMOHON TRANSKRIP SEMENTARA, SURAT JANGKA TAMAT DAN SURAT TAMAT PENGAJIAN UUM? (SEKIRANYA PERLU)

A) Transkrip Sementara dan Surat Jangka Tamat

  1. Pelajar hendaklah memenuhi syarat pengijazahan iaitu mengambil Malaysian University English Test (MUET) sekurang – kurangnya mendapat keputusan Band 2 ke atas.
  2. Pelajar hendaklah memastikan tiada baki tunggakan yuran pengajian belum dijelaskan.
  3. Pelajar hendaklah membuat semakan semua kursus diambil merujuk syarat Program Pengajian adalah lengkap seperti yang telah ditetapkan oleh Universiti.
  4. Pelajar yang memenuhi syarat lengkap seperti di atas SAHAJA akan diproses untuk permohonan berikut.
  5. Pelajar hendaklah mengisi borang pengijazahan beserta borang permohonan transkrip sementara dengan lengkap dan sila kemukakan permohonan tersebut melalui emel : pace@uum.edu.my
  6. Borang tersebut boleh dimuat turun melalui laman web PACEUECSB seperti di url ini : https://pace.uecsb.com.my/pelajar-pjj menu Pengijazahan.

B) Surat Tamat Pengajian

  1. Pelajar yang layak memohon Surat Tamat Pengajian ADALAH pelajar yang telah dikemaskini status pengajian mereka kepada “TAMAT PENGAJIAN“.
  2. Pelajar yang telah mendapat kelulusan Senat Universiti sahaja layak memohon Surat Tamat Pengajian berurusan melalui Jabatan Hal Ehwal Akademik (HEA) atau boleh membuat cetakan surat tersebut melalui Portal UUM menu Academic – Pre Graduation.

Makluman secara whatsapp TIDAK DITERIMA. Mohon jasa baik dan perhatian tuan/puan agar mengemukakan pertanyaan/bantuan rasmi melalui emel PACEUUM dengan menyatakan nama/matrik/bantuan diperlukan melalui emel kami : pace@uum.edu.my.

Insyaallah, PACEUUM akan berusaha membantu dan membalas emel tuan/puan.

Sekian dimaklumkan, terima kasih

Salam Hormat daripada Unit Pengijazahan PJJUUM ​​