HEBAHAN: TATACARA PENGESAHAN KEHADIRAN KE MAJLIS KONVOKESYEN KE-35 BAGI GRADUAN TAHUN 2022 MELALUI APLIKASI TELEFON UUMCONVO

HEBAHAN: TATACARA PENGESAHAN KEHADIRAN KE MAJLIS KONVOKESYEN KE-35 BAGI GRADUAN TAHUN 2022 MELALUI APLIKASI TELEFON UUMCONVO

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Para Graduan PJJ tahun 2022 dihormati,

Majlis konvokesyen merupakan satu majlis yang amat bermakna kepada semua graduan bagi meraikan kejayaan menamatkan pengajian. Semua graduan dipohon untuk mengambil tindakan berikut bagi melancarkan perjalanan menghadiri Majlis Konvokesyen Ke-35:

  1. Membuat semakan nama graduan 2022 & sesi penganugerahan melalui laman sesawang Jabatan Hal Ehwal Akademik (HEA) (http://hea.uum.edu.my/);
  2. Memuat turun aplikasi UUMCONVO mulai 29 Mei 2023 seperti manual di pautan: https://drive.google.com/file/d/1wvBijoBF6iwAilybV6d8hf3lYFos9VpK/view?usp=share_link
  3. Membuat pengesahan kehadiran ke Majlis Konvokesyen Ke-35 melalui aplikasi UUMCONVO mulai 29 Mei 2023 dan tarikh akhir untuk membuat pengesahan kehadiran adalah pada 20 Jun 2023 (jam 12:00 tengah hari). Serentak dengan tarikh itu juga, pengambilan ijazah dan transkrip secara walk-in adalah ditutup dan graduan yang tidak berhasrat untuk hadir ke majlis konvokesyen boleh mengambil ijazah dan transkrip mulai 25 Jun 2023.
  4. Hanya graduan yang telah membuat pengesahan kehadiran dan membuat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan tersebut akan dibenarkan untuk menghadiri majlis konvokesyen.
  5. Graduan Sarjana Muda dibenarkan menghantar wakil untuk pengambilan jubah, namun seorang wakil hanya dibenarkan mengambil jubah bagi seorang graduan sahaja.

Sekian, harap maklum.

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Utara Malaysia
28 Mei 2023