Hebahan Terkini : Peperiksaan Akhir Semester APRIL JA221

Hebahan Terkini : Peperiksaan Akhir Semester APRIL JA221

Assalamualaikum / Salam Sejahtera Pelajar PJJ PACEUUM,

Adalah dimaklumkan, Peperiksaan Akhir Semester April Sesi 2022/2023 pada 15 hingga 24 Ogos 2022 adalah melalui platform UUM Online Learning PACE atau E- Assessment. Ini bermakna tiada lagi pentaksiran akhir seperti semester sebelum ini dan digantikan dengan peperiksaan akhir.

– Persediaan Penggunaan UUMOL PACE : Panduan_Pelajar_-_UUM_ONLINE_LEARNING_PACE_UUMOL_PACE.pdf 
– Panduan Login UUMOL PACE : KLIK SINI

Pelajar DIWAJIBKAN membuat Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my menu Lecture – Ecevas (17 Julai 2022), sebelum dibolehkan mencetak slip peperiksaan akhir.

Pelajar boleh mencetak Surat Pelepasan Peperiksaan Akhir Semester April Sesi 2022/2023 melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Final Examination Release Letter bermula 15 Julai 2022 bagi tujuan mendapatkan pelepasan majikan (jika perlu).

Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan akhir (24 Julai 2022) melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my menu  Lecture – Slip Examination UG.    

Pelajar diingatkan agar mengambil maklum perkara berikut : 

1. Pelajar diingatkan agar tidak melanggar mana-mana Peraturan Peperiksaan iaitu pelajar dikehendaki membaca dengan teliti dan mematuhi arahan-arahan yang dipaparkan pada soalan peperiksaan.

2. Pelajar TIDAK DIBENARKAN menggunakan medium emel penyelaras kursus/pensyarah PJJUUM untuk penyerahan kuiz/peperiksaan akhir sekiranya tidak diarahkan oleh penyelaras kursus tersebut.

3. Bersama –sama  ini  disampaikan Panduan Perlaksanaan  Peperiksaan  Akhir seperti di lampiran untuk perhatian pelajar selanjutnya.

4. Tugas calon tidak dapat hadir peperiksaan akhir, dipohon merujuk syarat permohonan peperiksaan gantian :  
– Borang Permohonan Peperiksaan Gantian
– Tarikh Akhir Permohonan Peperiksaan Gantian adalah pada 30 Ogos 2022. [Permohonan Peperiksaan Gantian bagi kursus yang mempunyai Peperiksaan Akhir sahaja]

5. Bagi pelajar yang masih mempunyai baki yuran pengajian yang belum dijelaskan, sekiranya status pengajian pelajar aktif/kursus bagi semester semasa didaftarkan. Pelajar dibolehkan menduduki peperiksaan akhir.  Walaubagaimanapun, pelajar dinasihatkan agar menjelaskan baki yuran pengajian secara ansuran sebelum keputusan peperiksaan dikeluarkan pada awal bulan Oktober 2022 kelak.

6. Sekiranya terdapat masalah teknikal penggunaan UUM Online Learning PACE, sila hubungi +604-928 6666/6644/6622 atau emel : itservices@uum.edu.my dengan mengemukakan nama/matrik/permasalahan untuk bantuan UUMIT selanjutnya.

7.  Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan peperiksaan akhir, sila kemukakan pertanyaan melalui emel pace@uum.edu.my untuk keterangan selanjutnya. 

SEMOGA MAJU JAYA DALAM MENJALANI PEPERIKSAAN AKHIR.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.