Hebahan Terkini : Peperiksaan Akhir Semester Januari JJ221
Assalamualaikum / Salam Sejahtera Pelajar PJJ PACEUUM,
Peperiksaan Akhir Semester Januari Sesi 2022/2023 Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJUUM) akan diadakan pada 17 hingga 24 Mei 2022 secara dalam talian melalui UUM Online Learning PACE (UUMOL PACE) : https://learning-pace.uum.edu.my/pace_39
– Persediaan Penggunaan UUMOL PACE : Panduan_Pelajar_-_UUM_ONLINE_LEARNING_PACE_UUMOL_PACE.pdf
– Panduan Login UUMOL PACE : KLIK SINI
Pelajar DIWAJIBKAN membuat Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my menu Lecture – Ecevas (17 April 2022), sebelum dibolehkan mencetak slip peperiksaan akhir.
Pelajar boleh mencetak Surat Pelepasan Peperiksaan Akhir Semester Januari Sesi 2022/2023 melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Final Examination Release Letter bermula 15 April 2022 bagi tujuan mendapatkan pelepasan majikan (jika perlu).
Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan akhir (24 April 2022) melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my menu Lecture – Slip Examination UG.
Pelajar diingatkan agar mengambil maklum perkara berikut :
1. Para pelajar DIKEHENDAKI memuatnaik/ “upload” tugasan pentaksiran akhir melalui UUM Online Learning PACE (UUMOL PACE).
2. Sekiranya pelajar mempunyai masalah berkaitan KESILAPAN SERAHAN TUGASAN melalui UUMOL PACE – pelajar dikehendaki berhubung terus dengan pensyarah kursus masing – masing untuk tindakan selanjutnya.
3. Menu cetakan surat pelepasan Peperiksaan Akhir dibuka pada Portal UUM menu Lecture – Final Examination Release Letter PJJ – sekiranya perlu untuk salinan majikan.
4. Tugas calon tidak dapat hadir peperiksaan akhir, dipohon merujuk syarat permohonan peperiksaan gantian :
– Borang Permohonan Peperiksaan Gantian
– Tarikh Akhir Permohonan Peperiksaan Gantian adalah pada 30 Mei 2022. [Permohonan Peperiksaan Gantian bagi kursus yang mempunyai Peperiksaan Akhir sahaja]
5. Bagi pelajar yang masih mempunyai baki yuran pengajian yang belum dijelaskan, sekiranya status pengajian pelajar aktif/kursus bagi semester semasa didaftarkan. Pelajar dibolehkan menduduki peperiksaan akhir. Walaubagaimanapun, pelajar dinasihatkan agar menjelaskan baki yuran pengajian secara ansuran sebelum keputusan peperiksaan dikeluarkan pada awal bulan Julai 2022 kelak.
6. Sekiranya terdapat masalah teknikal penggunaan UUM Online Learning PACE, sila hubungi +604-928 6666/6644/6622 atau emel : itservices@uum.edu.my dengan mengemukakan nama/matrik/permasalahan untuk bantuan UUMIT selanjutnya.
7. Pelajar TIDAK DIBENARKAN menggunakan medium emel penyelaras kursus/pensyarah PJJUUM untuk penyerahan tugasan/kuiz peperiksaan akhir sekiranya tidak diarahkan oleh penyelaras kursus tersebut.
8. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan peperiksaan akhir, sila kemukakan pertanyaan melalui emel pace@uum.edu.my untuk keterangan selanjutnya.
SEMOGA MAJU JAYA DALAM MENJALANI PEPERIKSAAN AKHIR.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.