Makluman Penting : Pengijazahan

Makluman Penting : Pengijazahan

Assalamualaikum/SalamSejahtera Pelajar PJJUUM Semester Akhir,

Adalah dimaklumkan, Unit Pengijazahan dalam proses semak pengijazahan pelajar semester akhir bagi tahun 2020 untuk dibentangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Senat tidak lama lagi. Sehubungan dengan itu, dipohon agar semua pelajar semester akhir mengemukakan borang pengijazahan lengkap bersama sijil MUET sebelum atau selewat – lewatnya pada 6 Oktober 2020 (Selasa) ke Pejabat PACEUUM.

Sekiranya pelajar telah menghantar borang pengijazahan tetapi belum mengemukakan sijil MUET, sila kemukakan salinan Sijil MUET melalui emel Unit Pengijazahan : – Puan Nur Amani A. Rahim: nuramani@uum.edu.my

Sekian dimaklumkan, terima kasih