Makluman Penting : Peperiksaan Akhir JJ202
Assalamualaikum / Salam Sejahtera Pelajar PJJ PACEUUM,
Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2020/2021 Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJUUM) akan diadakan pada 18 hingga 25 November 2020 secara dalam talian melalui UUM Online Learning PACE (UUMOL PACE) : http://learning-pace.uum.edu.my
Jadual Peperiksaan Akhir (bagi kursus yang berkaitan sahaja) akan dimaklumkan melalui laman web PACEUUM dalam masa terdekat.
Pelajar dikehendaki membuat Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my menu Lecture – Ecevas bermula 20 Oktober 2020, sebelum dibolehkan mencetak slip peperiksaan akhir.
Pelajar boleh mencetak Surat Pelepasan Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2020/2021 melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Final Examination Release Letter bermula 20 Oktober 2020 bagi tujuan mendapatkan pelepasan majikan (jika perlu).
Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan akhir (akan dimaklumkan) melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my menu Lecture – Slip Examination UG.
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.