Makluman Penting : Permohonan Pengecualian Praktikum

PEMINDAHAN KREDIT PRAKTIKUM

1. Pelajar perlu memuat turun borang permohonan melalui laman web PACE; www.pace.uum.edu.my pada menu Praktikum.

2. Permohonan perlu disertakan bersama surat pengesahan dari jabatan/majikan. 

3. Permohonan Pemindahan Kredit Praktikum perlu dikemukakan kepada Pejabat PACE secara pos ataupun melalui emel : pace@uum.edu.my . 

4. Pelajar perlu membuat semakan status permohonan pemindahan kredit melalui Portal UUM masing-masing iaitu pada menu Profile – View All – Credit Transfer Application Status. 

5. Permohonan Pemindahan Kredit Praktikum terbuka kepada pelajar program BPM(Hons), BBA (Hons), BComm(Hons), BIFB(Hons) dan BCIM(Hons). 6. Pelajar Semester 1 hingga Semester 8 yang mempunyai pengalaman kerja 6 tahun ke atas layak memohon Pemindahan Kredit Praktikum.