MAKLUMAN PEPERIKSAAN : PANDUAN PERLAKSANAAN PEPERIKSAAN AKHIR SECARA ATAS TALIAN BAGI SEMESTER APRIL SESI 2022/2023(JA221)

MAKLUMAN PEPERIKSAAN


PANDUAN PERLAKSANAAN PEPERIKSAAN AKHIR SECARA ATAS TALIAN BAGI
SEMESTER APRIL SESI 2022/2023(JA221)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pelajar yang dihormati

Adalah dimaklumkan, Peperiksaan Akhir Semester April Sesi 2022/2023 pada 15 hingga 24 Ogos 2022 adalah melalui platform UUM Online Learning PACE atau E- Assessment. Ini bermakna tiada lagi pentaksiran akhir seperti semester sebelum ini dan digantikan dengan peperiksaan akhir.

Bersama – sama ini disampaikan Panduan Perlaksanaan Peperiksaan Akhir seperti di lampiran untuk perhatian pelajar selanjutnya.

Pelajar diingatkan agar tidak melanggar mana-mana Peraturan Peperiksaan iaitu pelajar dikehendaki membaca dengan teliti dan mematuhi arahan-arahan yang dipaparkan pada soalan peperiksaan.

Pelajar TIDAK DIBENARKAN menggunakan medium emel penyelaras kursus/pensyarah PJJUUM untuk penyerahan kuiz/peperiksaan akhir sekiranya tidak diarahkan oleh penyelaras kursus tersebut.

Sekiranya pelajar tidak dapat hadir peperiksaan akhir, permohonan peperiksaan akhir gantian dibuka tujuh (7) hari bermula dari tarikh akhir peperiksaan akhir merujuk syarat permohonan peperiksaan gantian seperti hebahan melalui laman web PACEUECSB.

Kerjasama dan perhatian semua pelajar berhubung perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.


”WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
”KEDAH SEJAHTERA – NIKMAT UNTUK SEMUA”
”ILMU BUDI BAKTI”


Unit Peperiksaan
Pusat Pendidikan Profesional & Lanjutan (PACE)
Universiti Utara Malaysia