TERKINI : PANDUAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN AKHIR SECARA ATAS TALIAN BAGI SEMESTER JULAI SESI 2022/2023 (JJ222)

MAKLUMAN PEPERIKSAAN


PANDUAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN AKHIR SECARA ATAS TALIAN BAGI
SEMESTER JULAI SESI 2022/2023 (JJ222)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pelajar yang dihormati

Adalah dimaklumkan, Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2022/2023 yang dijadualkan pada 14-21 November 2022 DIPINDA ke tarikh baharu mengikut fasa seperti berikut:

FASA PERTAMA : 14 November 2022 sehingga 17 November 2022


FASA KEDUA : 21 November 2022 sehingga 24 November 2022

Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2022/2023 akan diadakan secara atas talian melalui platform UUM Online Learning PACE dan E-Assessment.


Ini bermakna tiada lagi pentaksiran akhir seperti semester sebelum ini dan digantikan dengan peperiksaan akhir.


Bersama – sama ini disampaikan Panduan Perlaksanaan Peperiksaan Akhir seperti di lampiran untuk perhatian pelajar selanjutnya.

Pelajar diingatkan agar tidak melanggar mana-mana Peraturan Peperiksaan iaitu pelajar dikehendaki membaca dengan teliti dan mematuhi arahan-arahan yang dipaparkan pada soalan peperiksaan.

Pelajar TIDAK DIBENARKAN menggunakan medium emel penyelaras kursus/pensyarah PJJUUM untuk penyerahan kuiz/peperiksaan akhir sekiranya tidak diarahkan oleh penyelaras kursus tersebut.

Pelajar akan diberikan Gred F sekiranya TIDAK MENGHADIRI peperiksaan akhir kecuali kursus-kursus yang tidak memerlukan peperiksaan akhir seperti yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Akademik Kolej/Pusat Kokurikulum walaupun markah tugasan adalah lulus.

Sekiranya pelajar tidak dapat hadir peperiksaan akhir, permohonan peperiksaan akhir gantian dibuka tujuh (7) hari bermula dari tarikh akhir peperiksaan akhir merujuk syarat permohonan peperiksaan gantian seperti hebahan melalui laman web PACEUECSB.

Permohonan peperiksaan akhir gantian pelajar akan dibentangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Universiti untuk pertimbangan keputusan sewajarnya.

Kerjasama dan perhatian semua pelajar berhubung perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.


”WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
”KEDAH SEJAHTERA – NIKMAT UNTUK SEMUA”
”ILMU BUDI BAKTI”


Unit Peperiksaan
Pusat Pendidikan Profesional & Lanjutan (PACE)
Universiti Utara Malaysia

Dikemaskini 23 Oktober 2022