MEMO PENDAFTARAN JA212

HAL EHWAL AKADEMIK PACE
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


PEMAKLUMAN
PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENTAKSIRAN SECARA DALAM TALIAN
BAGI SEMESTER OKTOBER SESI 2021/2022 (JA212)

Pengajaran dan Pembelajaran pada Semester Oktober sesi 2021/2022 (JA212) akan diteruskan secara dalam talian berikutan penularan COVID-19 yang masih belum reda. Di bawah merupakan beberapa maklumat penting untuk perhatian pelajar bagi semester JA212:

PENGKULIAHAN

  1. Tarikh kuliah pertemuan pertama adalah pada 22 dan 23 Oktober 2021 (bagi negeri yang bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu), dan 23 dan 24 Oktober 2021 (bagi negeri yang bercuti pada hari Sabtu dan Ahad).
  2. Kalendar Pertemuan Kuliah dan Jadual Kuliah boleh didapati di website PACE, http://pace.uecsb.com.my  bermula 11 Oktober 2021 (Isnin)
  3. Tempoh Gugur Tambah Kursus (Add Drop) adalah selama dua bulan bermula 11 Oktober 2021 sehingga 10 Disember 2021.

TINDAKAN PELAJAR

  1. Login Portal UUM
    • Pelajar DIKEHENDAKI mendaftar kursus secara atas talian melalui Portal UUM : http://www.portal.uum.edu.my : Lecture – Add Course – Confirm Attendance – Add Course -Timetable – Cetak.
  2. Login UUMOL PACE
    • Pelajar DIKEHENDAKI mendaftar kursus sebelum kuliah pertemuan pertama bermula untuk memastikan status pelajar aktif untuk membolehkan pelajar daftar masuk (login) UUM Online Learning (UUMOL) di pautan learning-pace.uum.edu.my. – Panduan Login UUMOL PACE [klik disini]
  3. Login Sistem Aras
    • Kuliah dijalankan menggunakan Aplikasi Webex. Maklumat kuliah pertemuan pertama boleh didapati mulai 20 Oktober 2021 melalui pautan aras.uecsb.com.my/login.php.
      • Username: pelajar
      • Password: pace2021
      • Peranan: online learning
    • Bagi pelajar yang telah mendaftar, maklumat berkaitan Perancangan Akademik, kuiz, tugasan, peperiksaan dan nota pensyarah boleh diperolehi melalui UUM Online Learning | PACE di pautan learning-pace.uum.edu.my.