PEMAKLUMAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENTAKSIRAN SECARA DALAM TALIAN BAGI SEMESTER JULAI SESI 2022/2023 (JJ222)

 HAL EHWAL AKADEMIK PACE
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


PEMAKLUMAN
PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENTAKSIRAN SECARA DALAM TALIAN
BAGI SEMESTER JULAI SESI 2022/2023 (JJ222)

Pengajaran dan Pembelajaran pada Semester Julai sesi 2022/2023 (JJ222) akan diteruskan secara dalam talian sehingga dimaklumkan kelak untuk pembelajaran secara bersemuka. Di bawah merupakan beberapa maklumat penting untuk perhatian pelajar bagi semester JJ222:

PENGKULIAHAN

  1. Tarikh kuliah pertemuan pertama adalah pada 22 dan 23 Julai 2022 (bagi negeri yang bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu), dan 23 dan 24 Julai 2022 (bagi negeri yang bercuti pada hari Sabtu dan Ahad).
  2. Kalendar Pertemuan Kuliah dan Jadual Kuliah boleh didapati di website PACE, http://pace.uecsb.com.my  bermula 5 Julai 2022 (Selasa)
  3. Tempoh Gugur Tambah Kursus (Add Drop) adalah selama dua bulan bermula 11 Julai 2022 sehingga 10 September 2022.

TINDAKAN PELAJAR

  1. Login Portal UUM
    • Pelajar DIKEHENDAKI mendaftar kursus secara atas talian melalui Portal UUM : http://www.portal.uum.edu.my : Lecture – Add Course – Confirm Attendance – Add Course -Timetable – Cetak.
  2. Login UUMOL PACE
    • Pelajar DIKEHENDAKI mendaftar kursus sebelum kuliah pertemuan pertama bermula untuk memastikan status pelajar aktif untuk membolehkan pelajar daftar masuk (login) PACE Online Learning (UUMOL) di pautan https://learning-pace.uum.edu.my
  3. Login Sistem Aras
    • Kuliah dijalankan menggunakan Aplikasi Webex. Maklumat kuliah pertemuan pertama boleh didapati mulai 20 Julai 2022 melalui pautan aras.uecsb.com.my/login.php.
      • Username: pelajar
        Password: pace2022
        Peranan: online learning
    • Bagi pelajar yang telah mendaftar, maklumat berkaitan Perancangan Akademik, kuiz, tugasan, peperiksaan dan nota pensyarah boleh diperolehi melalui PACE Online Learning | PACE di pautan https://learning-pace.uum.edu.my