
Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian BMA (HONS.)
Bidang pengurusan perniagaan Islam atau muamalat adalah bidang yang berkembang maju setelah penerapan nilai asas Islam di sektor awam dan swasta yang dilancarkan oleh Kerajaan Malaysia pada awal 1980-an. Sekiranya ia dilaksanakan dengan penuh kebijaksanaan, ia akan memberi manfaat kepada semua pihak dan juga agama, bangsa dan negara kerana merangkumi seluruh bidang keperluan manusia berdasarkan syariah.