
Sarjana Sains (Pengurusan Pendidikan) (MSc. EDU MGT)
Program Sarjana Sains (Pengurusan Pendidikan) bertujuan untuk melahirkan pengurus yang berilmu dan berkemahiran di sekolah. Mereka dapat menguruskan diri dan organisasi secara profesional. Pada masa yang sama, mereka mempunyai keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran serta menjalankan penyelidikan dalam bidang yang berkaitan. Program ini hanya ditawarkan di Sibu sahaja.