Tarikh Akhir Permohonan Semak Semula Kursus
Semester Oktober Sesi 2021/2022
– 25 April 2022 (Isnin) –
Adalah dimaklumkan, Permohonan Semak Semula dibuka 14 hari bermula hari pertama keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan.
Pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan semak semula dengan lengkap dan mengemukakan bayaran RM75.00 [bayaran kepada akaun BIMB Universiti Utara Malaysia] per kursus melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my
- Borang Permohonan Semak Semula [KLIK DISINI]
- Tatacara Pembayaran melalui Bendahari UUM [KLIK DISINI]
Merujuk keratan minit mesyuarat JKPA kali ke-222 bil. 7/2020 pada 17 November 2020
Tentang cadangan dan bersetuju :
- Membenarkan pelajar memohon untuk membuat semakan semula keputusan Peperiksaan bagi komponen kerja kursus.
- Bayaran untuk semakan semula adalah RM75 iaitu sama dengan yuran semakan semula peperiksaan akhir seperti amalan sebelum ini.
- Pelaksanaan perubahan peraturan ini adalah mulai Semester Pertama Sesi 2020/2021 (201)
Pelajar tidak hadir Peperiksaan Akhir/Pentaksiran Akhir tidak layak memohon semak semula kursus