TERKINI:PEMAKLUMAN PENTAKSIRAN SEMULA KURSUS SCCG3123 KOMUNIKASI PERUNDINGAN SEM. JA201
Berikutan kesilapan platform dalam memuat naik soalan pentaksiran dan serahan jawapan pentaksiran dalam UUM Online Learning, telah menyebabkan berlakunya “ketirisan” jawapan pelajar-pelajar. Bagi tujuan jaminan kualiti akademik, pentaksiran perlu dikendalikan berdasarkan kesahan, kebolehpercayaan dan kewajaran _(validity, reliability, and fairness)_. Dengan demikian, pihak PACE UUM dan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) telah memutuskan bahawa pentaksiran semula perlu dijalankan seperti berikut:
Tarikh dan masa soalan pentaksiran boleh diakses pada
5 OKTOBER 2020 / 12:00AM
Tarikh dan masa serahan jawapan pentaksiran selewatnya pada
11 OKTOBER 2020 / 11:59PM
Soalan Pentaksiran akan dimuat naik dalam UUM Online Learning di url ini : https://learning5.uum.edu.my/ss1920/. Pelajar juga perlu menyerahkan jawapan pentaksiran dengan memuat naik jawapan pentaksiran dalam UUM Online Learning : https://learning5.uum.edu.my/ss1920/
Dipohon agar semua pelajar PJJUUM yang mengambil kursus tersebut mengambil maklum dan tindakan selanjutnya. Mohon maaf atas kesulitan yang berlaku.
Sekian, terima kasih.
Unit Peperiksaan
PACE UUM
5 Oktober 2020
—————————————————————————————————————————————————————————————————-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pelajar PJJUUM dihormati,
? *Makluman Penting : SERAHAN TUGASAN PENTAKSIRAN AKHIR SCCG3123 KOMUNIKASI PERUNDINGAN (semester JA201) melalui UUM Online Learning*
? Pesanan daripada Penyelaras Kursus PACE UUM:
Didapati ramai pelajar yang menghantar tugasan pentaksiran akhir melalui emel Penyelaras Kursus. Ini menyebabkan emel penuh dan menganggu proses kerja Penyelaras Kursus.
?️Para pelajar sepatutnya menyerahkan tugasan pentaksiran akhir dengan memuat naik/ _”upload”_ tugasan tersebut melalui UUM Online Learning.
Sekiranya pelajar menghadapi masalah mengakses UUMOL, sila panjangkan aduan kepada itservices melalui emel dengan mengemukakan nama/matrik/masalah : itservices@uum.edu.my untuk bantuan selanjutnya.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.